Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18.4.1 Dikeluarkan Dengan Dua Tampalan Keselamatan Penting

iOS 18.4.1 Dikeluarkan Dengan Dua Tampalan Keselamatan Penting

Diterbitkan April 17, 2025 ยท Dikemas kini April 17, 2025 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengeluarkan kemas kini iOS 18.4.1 dan iPadOS 18.4.1 bagi membaiki dua kelemahan keselamatan utama.

Menurut Apple, pihaknya menyedari mengenai laporan bahawa kelemahan tersebut mungkin telah dieksploitasi secara aktif dalam “serangan yang sangat canggih” terhadap individu tertentu pada iOS.

Dua kerentanan yang dikenal pasti melibatkan CoreAudio (CVE-2025-31200) dan RPAC (CVE-2025-31201), dengan kedua-dua pepijat memberi kesan kepada iOS, macOS, tvOS, iPadOS dan visionOS.

iOS 18.4.1_

Kelemahan CVE-2025-31200 dalam CoreAudio ditemui oleh Apple bersama pasukan Google Threat Analysis. Ia boleh dieksploitasi dengan memproses aliran audio dalam fail media yang direka secara berniat jahat, membolehkan pelaksanaan kod jarak jauh pada peranti tersebut.

Apple juga telah membetulkan CVE-2025-31201, merupakan pepijat dalam RPAC yang membolehkan penyerang dengan akses baca atau tulis (read and write) melepasi Pengesahan Penunjuk (PAC) – satu ciri keselamatan iOS yang membantu melindungi daripada kerentanan memori.

Kedua-dua kerentanan ini telah diperbaiki dalam kemas kini iOS 18.4.1, iPadOS 18.4.1, tvOS 18.4.1, macOS Sequoia 15.4.1, dan visionOS 2.4.1.

Walaupun kelemahan keselamatan ini telah dieksploitasi dalam serangan yang menyasarkan individu tertentu, pengguna tetap disarankan untuk memasang kemas kini ini secepat mungkin bagi memastikan peranti kekal dilindungi.

Selain tampalan keselamatan, iOS 18.4.1 turut menyelesaikan isu jarang berlaku yang menghalang sambungan CarPlay wayarles dalam sesetengah kenderaan. Bagi melakukan kemas kini secara OTA (over-the-air), pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.

Berkaitan

  • Ura-Ura: Ini Model iPhone Yang Dijangka Terima Sokongan iOS 19
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Apple Dijangka Bawa Perubahan Besar Pada iOS 19
  • Ini Gambaran Awal iOS 19

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY