Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
media sosial_featured wisermy

Australia Kuat Kuasakan Larangan Akaun Media Sosial Pengguna Bawah 16 Tahun

Diterbitkan Disember 10, 2025 · Dikemas kini Disember 10, 2025 oleh Amalina Athman

Australia kini mengenakan larangan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun, berkuat kuasa 10 Disember 2025.

Langkah pertama seumpamanya di dunia ini bertujuan melindungi kanak-kanak daripada ketagihan telefon dan risiko dalam talian. Dengan penguatkuasaan ini, Australia menjadi antara negara terawal yang bertindak tegas mengekang pengaruh besar syarikat teknologi gergasi.

Sebahagian besar aplikasi dan laman web popular di dunia berdepan denda sehingga AUD49.5 juta (~RM135.2 juta) jika gagal membuang akaun pengguna berusia bawah 16 tahun yang berpangkalan di Australia.

Pihak berkuasa Australia berkata langkah luar biasa ini diperlukan untuk melindungi kanak-kanak daripada “algoritma pemangsa” yang memenuhi skrin telefon mereka dengan kandungan buli, seksual dan keganasan.

“Sering kali, media sosial langsung tidak bersifat sosial. Sebaliknya, ia menjadi senjata untuk pembuli, platform yang menekan rakan sebaya, punca kegelisahan, ruang untuk penipu dan paling membimbangkan, alat untuk pemangsa dalam talian,” kata Perdana Menteri Australia Anthony Albanese sebelum larangan itu berkuat kuasa.

Facebook, Instagram, YouTube, TikTok, Snapchat, Reddit, Threads, X, Kick dan Twitch dilarang daripada mencipta atau mengekalkan akaun milik pengguna di Australia yang berusia bawah 16 tahun.

Setakat ini, aplikasi dan laman web popular seperti Roblox, Pinterest dan WhatsApp dikecualikan. Namun, senarai tersebut difahamkan masih dalam proses semakan.

Larangan ini dianggap satu kelegaan besar buat ibu bapa yang sudah penat melihat anak-anak terus ‘melekat’ pada telefon.

Kerajaan Australia mengakui larangan tersebut tidak akan sempurna pada awalnya dan remaja bijak mungkin akan mencari jalan untuk mengelaknya. Bagaimanapun, platform terlibat akan berdepan risiko denda sekiranya gagal mengambil langkah munasabah untuk menghalang perkara itu daripada berlaku.

Di Malaysia, kerajaan menyasarkan larangan pemilikan akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun menjelang tahun depan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil sebelum ini berkata kerajaan menjangkakan semua platform media sosial melaksanakan pengesahan eKYC menjelang akhir suku kedua 2026 bagi menguatkuasakan had umur minimum 16 tahun untuk pembukaan akaun.

-AFP

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Pengguna Umur Bawah 16 Tahun Di Australia Akan Dibuang Daripada Facebook, Instagram
  • Meta Mula Buang Pengguna Bawah 16 Tahun Dari Media Sosial Di Australia
  • TikTok Juga Akur, Akaun Bawah 16 Tahun Akan Disekat Di Australia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY