Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Uji Paparan Iklan Tidak Boleh Langkau

Instagram Pertimbang Lancar Reels Sebagai Aplikasi Berasingan

Diterbitkan Februari 27, 2025 ยท Dikemas kini Februari 27, 2025 oleh Amalina Athman

Instagram dilapor sedang mempertimbangkan untuk melancarkan aplikasi berasingan bagi ciri video pendeknya, Reels.

Menurut laporan The Information, sumbernya memaklumkan bahawa Ketua Instagram, Adam Mosseri, telah menyampaikan perkara itu kepada kakitangan pada minggu ini.

Dengan ketidakpastian status TikTok di Amerika Syarikat, syarikat milik Meta dilaporkan melihat peluang yang ada untuk menawarkan pengalaman tatal-video yang serupa.

Januari lalu, Meta turut mengumumkan pelancaran aplikasi suntingan video, Edits, yang dilihat sebagai langkah strategik untuk menarik pengguna daripada CapCut, aplikasi suntingan video milik syarikat induk TikTok, ByteDance.

Pada 2018, Meta pernah melancarkan Lasso, sebuah aplikasi perkongsian video berasingan yang bertujuan menyaingi TikTok. Namun, aplikasi itu gagal mendapat sambutan dan akhirnya ditamatkan.

Berbalik kepada konteks, setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak Meta mengenai perkara tersebut.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Pengguna Instagram Kini Boleh Jadualkan Mesej Sehingga Sebulan Lebih Awal
  • Instagram Jauh Lebih Popular Dari TikTok Dalam Kalangan Remaja Malaysia - Kajian
  • Pengguna Kelak Boleh Kongsi Status WhatsApp Terus Ke Facebook dan Instagram Stories
  • TikTok Kembali Di Google Play Store, App Store AS Selepas Jaminan Trump

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY