Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok US

TikTok Kembali Di Google Play Store, App Store AS Selepas Jaminan Trump

Diterbitkan Februari 14, 2025 ยท Dikemas kini Februari 14, 2025 oleh Amalina Athman

Hampir sebulan selepas dialih keluar di Amerika Syarikat, TikTok kini kembali di Apple App Store dan Google Play Store.

Langkah ini susulan tindakan Peguam Negara AS, Pam Bondi, yang dilaporkan menghantar surat kepada Apple bagi memberi jaminan bahawa syarikat itu tidak akan didenda kerana mengedarkan atau mengekalkan aplikasi berkenaan.

Terdahulu, Apple dan Google telah mengalih keluar TikTok daripada gedung aplikasi mereka pada Januari bagi mematuhi undang-undang yang melarang aplikasi milik ByteDance, syarikat induk TikTok.

Walaupun Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif pada Januari yang mengarahkan Jabatan Kehakiman supaya tidak menguatkuasakan larangan itu selama 75 hari, Apple dan Google tetap enggan menyenaraikan semula aplikasi itu kerana risiko dikenakan denda berbilion dolar.

Setakat ini, kedua-dua syarikat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai surat jaminan itu.

Dalam perkembangan lain, Naib Presiden JD Vance dilaporkan telah diberi tugas oleh Presiden Trump untuk memantau rundingan berkaitan kemungkinan penjualan TikTok.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Trump Beri Tempoh Lanjutan 75 Hari Kepada TikTok
  • Trump Arah Tubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat AS - Berpotensi Ambil Alih TikTok
  • TikTok Tak Perlukan Play Store - Pengguna Android AS Kini Ada Alternatif Lain, Masih Selamat

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY