Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Featured Image_4

Instagram Jauh Lebih Popular Dari TikTok Dalam Kalangan Remaja Malaysia – Kajian

Diterbitkan Disember 30, 2024 ยท Dikemas kini Disember 30, 2024 oleh ariff bukhari

Media sosial menjadi platform utama aktiviti harian bagi remaja Malaysia untuk berinteraksi bersama rakan, pengikut, mengekspresi diri dan akses kepada maklumat.

Terdapat pelbagai platform media sosial yang boleh diakses oleh pengguna di Malaysia yang mungkin ramai menyangka TikTok sebagai platform yang paling popular dalam kalangan remaja.

Akan tetapi, berdasarkan data dari kajian yang bertajuk Teens, Tech And Trust: Managing Social Media In Malaysia menunjukkan, remaja di Malaysia yang berumur 13 hingga 17 tahun memilih Instagram sebagai platform media sosial utama mereka.

medsos popular
Carta di atas menunjukkan, dalam kalangan remaja, platform media sosial yang paling popular ialah Instagram, manakala platform pemesejan yang paling popular ialah WhatsApp.

Instagram bukan sahaja platform media sosial yang paling popular tetapi juga jauh mengatasi platform yang lain seperti TikTok dan WhatsApp dari segi masa yang dihabiskan oleh remaja.

Kajian itu juga mendedahkan, hampir separuh daripada remaja menghabiskan sekurang-kurangnya 3 jam atau lebih setiap hari di media sosial.

medsos popular 2
medsos popular 1

Laporan itu telah diterbitkan oleh SERI (Social & Economic Research Initiative) yang bertujuan mengkaji kebimbangan keselamatan dalam talian yang dihadapi oleh remaja Malaysia berumur 13 hingga 17 tahun.

Laporan itu menyimpulkan bahawa, walaupun terdapat faedah dari media sosial, tetapi remaja terdedah kepada pelbagai risiko dalam talian, termasuk buli siber, penipuan dalam talian, dan gangguan, yang membawa kepada perasaan rasa tidak selamat, kebimbangan dan iri hati.

“Walaupun terdapat beberapa pemahaman tentang amalan keselamatan digital asas seperti mengurus tetapan privasi, remaja sering tidak mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam tentang lebih banyak lagi risiko dalam talian yang kompleks dan cara melindungi diri mereka dengan berkesan.”

Ibu bapa dan guru juga didapati semakin sukar untuk mengikuti kadar perubahan yang pesat dalam platform digital dan ancaman dalam talian yang muncul, yang mengehadkan keupayaan mereka untuk menawarkan panduan komprehensif mengenai keselamatan dalam talian kepada anak-anak.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Cara Salin Teks Dari Telefon Pintar Ke Komputer Menggunakan Google Lens
  • Semua Peranti Pintar Di EU Kini Mesti Menggunakan Pengecas USB-C

Sumber: SERI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY