Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp status_1

Pengguna Kelak Boleh Kongsi Status WhatsApp Terus Ke Facebook dan Instagram Stories

Diterbitkan Januari 22, 2025 ยท Dikemas kini Januari 22, 2025 oleh Amalina Athman

Meta kini memperkenalkan keupayaan untuk menambah WhatsApp ke Account Center atau Pusat Akaun, yang membolehkan penggunaan ciri baharu merentas aplikasi.

Sebagai contoh, kemas kini dari Status WhatsApp kelak boleh dikongsikan secara terus ke Facebook atau Instagram Stories – tanpa perlu memuat naik di platform berbeza berulang kali.

whatsapp status_2

Menurut Meta, dari semasa ke semasa, pihaknya akan menambah lebih banyak ciri yang berfungsi merentas aplikasi. Antaranya termasuk keupayaan mengurus avatar, pelekat Meta AI dan ciri Imagine Me.

Buat pengetahuan, Pusat Akaun merupakan tempat di mana pengguna boleh mengurus tetapan akaun secara berpusat merentas akaun Facebook, Instagram dan Meta.

Menambahkan akaun WhatsApp dalam Pusat Akaun adalah pilihan sepenuhnya, dan dimatikan (off) secara default. Pengguna juga boleh memilih untuk menambah atau mengalih keluar akaun daripada Pusat Akaun pada bila-bila masa.

Walaupun begitu, perlu diketahui bahawa ciri ini dilancarkan secara berperingkat dan akan tersedia kepada lebih ramai pengguna tidak lama lagi.

Apabila tersedia, pengguna akan melihat pilihan tersebut dalam tetapan WhatsApp.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • WhatsApp Akan Tamatkan Sokongan Versi iOS Terdahulu Bermula 5 Mei 2025
  • Empat Ciri Baharu WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Tersedia
  • WhatsApp Kini Bolehkan Pengguna Tambah Lagu Dalam Status

Sumber: Meta Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY