Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Featured Image_1

Pengguna Instagram Kini Boleh Jadualkan Mesej Sehingga Sebulan Lebih Awal

Diterbitkan Disember 16, 2024 · Dikemas kini Disember 16, 2024 oleh Amalina Athman

Instagram kini melancarkan ciri yang membolehkan pengguna menjadualkan mesej yang ingin dihantar di platform itu.

Untuk mengakses ciri ini, pengguna hanya perlu taip mesej, kemudian tap dan hold pada butang hantar. Akan tetapi, perlu diketahui bahawa ciri ini hanya menyokong mesej teks sahaja – mesej yang menyertakan foto, video, dan GIF tidak boleh dijadualkan untuk dihantar pada masa lain.

Seterusnya, pilih tarikh dan masa untuk menghantar mesej, sehingga sekitar 29-30 hari lebih awal.

Setelah dijadualkan, notifikasi penjadualan mesej akan dipaparkan pada bahagian bawah dan mesej akan dihantar secara automatik pada masa yang dipilih, walaupun berada di luar talian.

Pengguna Instagram Kini Boleh Jadualkan Mesej Sehingga Sebulan Lebih Awal
Pengguna Instagram Kini Boleh Jadualkan Mesej Sehingga Sebulan Lebih Awal

Walaupun begitu, terdapat juga pilihan untuk “hantar sekarang” bagi membolehkan mesej dihantar serta-merta dan bukannya pada masa yang dipilih. Sekiranya ingin membatalkan mesej berjadual itu, hanya perlu pilih “padam” dan mesej tidak akan dihantar.

Dalam keadaan tertentu, seperti merancang ucapan hari lahir, mesej profesional atau komunikasi lain yang sensitif terhadap masa, ciri mesej berjadual mungkin menjadi sangat berguna.

Instagram schedule_

Selain itu, bagi pengguna yang kerap menggunakan platform itu pada lewat malam, Instagram juga akan mencadangkan untuk menjadualkan mesej bagi penghantaran kemudian.

Dari segi ketersediaan, ciri baharu di platform Meta kebiasaannya dilancarkan secara berperingkat dan mungkin belum tersedia untuk semua pengguna.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY