Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Featured Image_1

Instagram Bangunkan Ciri Sunting ‘Stories’ Selepas Disiarkan

Diterbitkan April 30, 2026 oleh Amalina Athman

Instagram dilaporkan sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menyunting semula Stories selepas ia dimuat naik.

Pada masa ini, sebarang perubahan pada Stories memerlukan pengguna memadamnya terlebih dahulu sebelum memuat naik semula. Dengan ciri baharu ini, suntingan boleh dilakukan terus pada Stories sedia ada tanpa perlu melalui proses tersebut.

Menurut perkongsian Alessandro Paluzzi di X, setiap kali suntingan dilakukan, versi asal Stories akan dipadam sepenuhnya. Ini bermakna semua tanda suka, reaksi dan komen yang diterima sebelumnya turut akan hilang dan ditetapkan semula. Namun, tidak diketahui sekiranya ciri ini akan hadir dengan had masa suntingan tertentu.

edit IG Story
Foto: X/Alessandro Paluzzi

Buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada ciri ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna atau hanya ditawarkan sebagai sebahagian daripada ciri berbayar pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, Instagram juga sedang membangunkan keupayaan untuk menukar jenis tulisan (font) dalam sembang, yang berpotensi memberi lebih banyak pilihan penyesuaian kepada pengguna ketika berkomunikasi dalam mesej.

#Instagram is working on the ability to change the chat font 👀 pic.twitter.com/Vy2x3xxP48

— Alessandro Paluzzi (@alex193a) April 29, 2026

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Instagram Tamatkan Sokongan 'End-To-End Encryption' Untuk DM Bermula 8 Mei 2026
  • Meta Mula Uji Langganan Premium 'Instagram Plus'
  • Meta Perkenal Akaun Remaja Instagram Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY