Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
flysiswa 2025

Ini Senarai Status Pelajar Yang Layak Untuk Terima Baucar Digital FLYsiswa RM400

Diterbitkan Januari 8, 2025 · Dikemas kini Januari 8, 2025 oleh ariff bukhari

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, kerajaan akan meneruskan pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan kepada pelajar yang bernilai RM400.

Berikut adalah senarai pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini:

1. Semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang:

  • berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung;
  • berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  • berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  • berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
  • berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.

2. Pelajar sedia ada/ baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing pada tarikh seperti di dalam jadual berikut:

Inisiatif Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan

Para pelajar yang layak boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang kementerian Pengangkutan https://subsidiudara.mot.gov.my dengan memasukkan Nombor MyKad dan Nama Institusi Pengajian mereka.

Bagi mereka yang tidak layak selepas semakan dibuat, anda boleh membuat rayuan bermula 15 April 2025 hingga 31 Ogos 2025 kepada institusi pendidikan masing-masing.

flysiswa 2025

Baucar digital ini hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan).

Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, MASwings dan FireFly sahaja.

Tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah mulai 1 Januari 2025 hingga 30 November 2025.

Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan pula adalah pada 31 Disember 2025.

Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

flysiswa 2025

Untuk info lebih lanjut, layari laman Soalan Lazim Flysiswa.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Purata Rakyat Malaysia Guna ATM 2 Kali/bulan, BNM Dapat 36 sen Daripada Setiap Caj RM1 - NUBE
  • ASUS Lancar Zenbook A14 Snapdragon, Hayat Bateri Sehingga 32 Jam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY