Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bantuan Subsidi FLYsiswa Dinaikkan Kepada RM400

Bantuan Subsidi FLYsiswa Dinaikkan Kepada RM400

Diterbitkan Disember 12, 2024 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kadar inisiatif bantuan subsidi tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari depan.

Beliau berkata langkah itu merupakan antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan isu tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.

Sebab itu kita bagi bantuan menerusi FLYsiswa dan untuk tahun hadapan, kita naik kepada RM400 daripada RM300 sebelum ini. Ini cara kita untuk tunjuk keprihatinan kerajaan ringankan sedikit beban anak-anak dari negeri yang terlibat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebelum ini memaklumkan FLYsiswa akan dijadikan inisiatif tahunan oleh Kementerian Pengangkutan.

Melalui inisiatif ini, pelajar Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menerima subsidi tiket penerbangan.

Berkaitan

  • Semakan, Permohonan Baucar Penerbangan Digital RM300 Untuk Pelajar IPTA Kini Dibuka
  • Baucar Buku Pelajar IPT Fasa Kedua Diagih Melalui MySISWAPLACE Bermula 30 Oktober
  • FLYsiswa Dijadikan Inisiatif Tahunan Kementerian Pengangkutan - Loke
  • Diskaun Hingga RM2488? Shopee Electronics Zone Tawar Jimat Besar, Rugi Kalau Lepas!

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Facebook/Bahagian Komunikasi Korporat UiTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY