Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS UX3407 Zenbook A14

ASUS Lancar Zenbook A14 Snapdragon, Hayat Bateri Sehingga 32 Jam

Diterbitkan Januari 8, 2025 ยท Dikemas kini Januari 8, 2025 oleh ariff bukhari

ASUS melancarkan Zenbook A14 (UX3407), model pertama dalam siri Zenbook yang menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon.

Kompter riba ultra ringan ini dengan berat kurang daripada 1kg atau lebih tepat lagi 899 gram, merupakan PC dengan Copilot+ paling ringan di dunia.

Dilengkapi bateri berkapasiti tinggi 70Wh, ia berupaya menawarkan lebih 32 jam hayat bateri.

ASUS UX3407 Zenbook A14 1
Rangka keseluruhannya diperbuat daripada Ceraluminum, bahan eksklusif ASUS yang tahan calar, cap jari, dan mudah diselenggara.

Dikuasakan pemproses terkini Snapdragon X Series dengan Qualcomm Hexagon NPU (45 TOPS), Zenbook A14 menyokong pelbagai ciri AI seperti Live Captions, Cocreator in Paint, dan Generative Fill in Photos.

(Ciri tambahan seperti Recall dan Click to Do akan diperkenalkan kemudian.)

ASUS UX3407 Zenbook A14 2
Dengan gabungan kuasa, portabiliti, dan teknologi pintar, Zenbook A14 memenuhi keperluan pengguna masa kini.

ASUS Zenbook A14 (UX3407) dijangka tiba di pasaran di Malaysia menjelang akhir Februari 2025 dengan harga yang akan diumumkan.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Dell Mudahkan Pengguna Pilih PC Dengan Perkenalkan Dell, Dell Pro Dan Dell Pro Max
  • Ini Barisan Baharu Komputer Riba ROG 2025

Sumber: Siaran media ASUS Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY