Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Purata Rakyat Malaysia Guna ATM 2 Kali/bulan, BNM Dapat 36 sen Daripada Setiap Caj RM1 – NUBE

Purata Rakyat Malaysia Guna ATM 2 Kali/bulan, BNM Dapat 36 sen Daripada Setiap Caj RM1 – NUBE

Diterbitkan Januari 7, 2025 · Dikemas kini Januari 7, 2025 oleh ariff bukhari

Sebagai usaha berterusan untuk mendesak penghapusan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank melalui ATM (MEPS), Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) telah mewujudkan petisyen #HapusCajRM1.

Dalam petisyen itu, NUBE menyatakan bahawa selama lebih daripada 27 tahun, caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank melalui ATM (MEPS) telah membebankan jutaan rakyat Malaysia, terutamanya pekerja berpendapatan rendah dan golongan B40 yang sangat bergantung kepada transaksi tunai.

“Walaupun caj ini kelihatan kecil, ia terkumpul menjadi jumlah yang signifikan—RM3 seminggu, RM156 setahun—wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk keperluan asas seperti makanan atau peralatan sekolah.”

Pengarah Unit Sosioekonomi Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial (SPCAAM), Dr. Zouhair Rosli sebelum ini telah melaporkan, secara purata, rakyat Malaysia menggunakan ATM sebanyak dua kali sebulan atau RM24 setahun.

Purata Rakyat Malaysia Guna ATM 2 Kali/bulan, BNM Dapat 36 sen Daripada Setiap Caj RM1 – NUBE

Daripada caj RM1 itu pula, NUBE mendedahkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM), yang sepatutnya berperanan sebagai pengawal selia dan pelindung rakyat, memperoleh 36 sen daripada setiap caj RM1—lebih daripada mana-mana 11 bank komersial yang terlibat.

“Ini menimbulkan konflik kepentingan yang jelas, di mana pengawal selia mendapat keuntungan daripada sistem yang mengeksploitasi mereka yang sepatutnya dilindungi.”

NUBE berkata, pada tahun 2023 sahaja, PayNet mencatatkan pendapatan sebanyak RM544 juta dan keuntungan bersih RM271 juta, sambil mengekalkan RM1.43 bilion dalam keuntungan terkumpul dan memiliki aset bernilai RM2.1 bilion.

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) menguruskan rangkaian pembayaran nasional Malaysia. Ia memproses transaksi bernilai trilion setiap tahun dan disokong oleh pemegang saham utama iaitu:

  1. Bank Negara Malaysia (BNM) (Pemegang Saham Terbesar)
  2. Affin Bank Berhad
  3. AmBank (M) Berhad
  4. Alliance Bank Malaysia Berhad
  5. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  6. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
  7. Bank Islam Malaysia Berhad
  8. CIMB Bank Berhad
  9. Hong Leong Bank Berhad
  10. Malayan Banking Berhad (Maybank)
  11. Public Bank Berhad
  12. RHB Bank Berhad

Sehubungan itu, menerusi gerakan #HapusCajRM1 diharap akan dapat memberi keadilan kepada rakyat umumnya.

Anda boleh menyertai petisyen ini untuk bersama-sama, menuntut kebertanggungjawaban dan keadilan dengan layari https://www.change.org/p/hapuscajrm1-abolish-the-unjust-rm1-atm-interbank-fee-for-all-malaysians

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Kesatuan Pekerja Bank Gesa PayNet Dan Bank Di Malaysia Mansuhkan Caj RM1 Pengeluaran Tunai ATM
  • Dell Mudahkan Pengguna Pilih PC Dengan Perkenalkan Dell, Dell Pro Dan Dell Pro Max

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY