Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro_Apple Insider

Suis ‘Silent’ iPhone 15 Pro Mungkin Diganti Dengan Butang Pelbagai Guna

Diterbitkan Mac 29, 2023 · Dikemas kini Mac 29, 2023 oleh Amalina Athman

iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max dikhabarkan bakal dilengkapi dengan butang ‘Action’ yang sama seperti Apple Watch Ultra. Perkara itu dimaklumkan oleh sumber yang sama mendedahkan perincian mengenai Dynamic Island pada model iPhone 14 Pro tahun lalu.

Sumber itu mendakwa butang Action tersebut akan menggantikan suis Ring/Silent yang telah ditawarkan pada setiap iPhone sejak keluaran pertama.

Berkaitan

  • iPhone 15 Pro Max Dilapor Bakal 'Pecah Rekod' Untuk Bezel Paling Nipis
  • Tiada Lagi Suis, Imej Tertiris Perlihatkan iPhone 15 Pro Dengan Butang 'Silent'

Tidak diterangkan dengan lebih lanjut bagaimana butang itu akan berfungsi. Namun, ia dijangka boleh disuaikan seperti Apple Watch Ultra, yang membolehkan pengguna memetakan butang itu ke pelbagai fungsi sistem bagi memudahkan akses.

Pelaksanaan butang itu masih tidak diketahui, akan tetapi terdapat kemungkinan ia boleh mengawal mod senyap, Do Not Disturb, menghidupkan lampu, Low Power Mode, aktifkan kamera, tangkap layar, menjalankan Shortcut, Shazam dan sebagainya.

Ketika ini, sejumlah fungsi tersebut sudah sedia boleh dikawal melalui Back Tap, iaitu ciri yang diperkenalkan sejak iOS 14.

Di Apple Watch Ultra, butang Action ini boleh digunakan untuk ciri workout, jam randik, pintasan, aktifkan lampu, mod menyelam dan sebagainya.

Untuk rekod, khabar mengenai suis Silent yang akan digantikan dengan butang pada model iPhone 15 Pro bukanlah perkara baharu. Akan tetapi, maklumat mengenai butang Action merupakan spekulasi yang relevan setakat ini. Sumber itu turut mendakwa butang Action tersebut boleh berfungsi untuk satu tempoh, walaupun iPhone dimatikan.

Seperti biasa, spekulasi mengenai siri iPhone 15 akan terus berlegar sehingga pelancarannya kelak. Sama ada benar atau tidak, nantikan sahaja September nanti.

Sumber: MacRumors

Gambar utama: Apple Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY