Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Panel Skrin iPhone 15 Didakwa Tertiris, Perlihatkan Bezel Lebih Nipis

Panel Skrin iPhone 15 Didakwa Tertiris, Perlihatkan Bezel Lebih Nipis

Diterbitkan Mac 6, 2023 · Dikemas kini Mac 6, 2023 oleh Amalina Athman

Walaupun masih ada sekitar enam bulan lagi sebelum Apple melancarkan iPhone 15, pelbagai spekulasi mengenainya terus-menerus diperkatakan. Terbaharu, panel skrin yang didakwa milik iPhone 15 telah tertiris dalam video yang dimuat naik di laman web Bilibili dan Douyin.

Berkaitan

  • Ura-Ura: iPhone 15 Pro Mungkin Dilengkapi Kapasiti RAM Lebih Besar
  • iPhone 15 Pro Dijangka Hadir Dengan Warna Merah Gelap
  • Siri iPhone 15 Mungkin Model Terakhir Guna Cip 5G Qualcomm

Dikongsi semula oleh peniris terkenal ShrimpApplePro di Twitter, ia memperlihatkan tiga panel skrin barisan iPhone 15.

panel iPhone 15

Jelasnya, panel bahagian kanan adalah milik iPhone 15. Dengan penambahan Dynamic Island, ia merupakan naik taraf untuk model bukan Pro.

Sementara itu, di bahagian kiri dan tengah masing-masing adalah panel iPhone 15 Pro dan Pro Max. Dapat diperhatikan kedua-dua panel ini mempunyai bezel yang lebih nipis berbanding iPhone 14 Pro.

Selain itu, bezel pada keempat-empat model iPhone 15 itu juga dijangka lebih melengkung pada bahagian bucu, yang kelihatan seakan siri iPhone 11.

Small note: not my video, it’s from douyin(chinese tiktok) links for it i already posted in the thread. https://t.co/emOkDdZBEy https://t.co/EHf24Jf2x1

— ShrimpApplePro 🍤 ずっと真夜中でいいのに (@VNchocoTaco) March 5, 2023

Dalam perkongsian tersebut, ShrimpApplePro berkata sumbernya turut mengesahkan ketulenan panel skrin untuk barisan iPhone 15 yang dimuat naik itu.

Sumber: ShrimpApplePro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY