Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
solid state iPhone 15 Pro

Tiada Lagi Suis, Imej Tertiris Perlihatkan iPhone 15 Pro Dengan Butang ‘Silent’

Diterbitkan Mac 21, 2023 · Dikemas kini Mac 21, 2023 oleh Amalina Athman

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max akan menampilkan butang kelantangan dan ‘silent’ dengan teknologi solid-state. Demikian menurut gambar CAD yang tertiris di Douyin dan dikongsi semula melalui Twitter oleh peniris terkenal ShrimpApplePro.

Berkaitan

  • Sekali Lagi, iPhone 15 Pro Dikatakan Bakal Hadir Dengan Butang 'Solid-State'
  • iPhone 15 Pro Dijangka Hadir Dengan Warna Merah Gelap
  • iPhone 15 Pro Max Dilapor Bakal 'Pecah Rekod' Untuk Bezel Paling Nipis

Berbanding butang berasingan bagi menaikkan dan menurunkan kelantangan, gambar CAD tersebut memperlihatkan reka bentuk butang memanjang yang menggabungkan naik dan turun kelantangan.

solid state iPhone 15 Pro_2

Sementara itu, suis Ring/Silent yang telah wujud sejak keluaran pertama iPhone dijangka akan digantikan dengan butang yang boleh ditekan untuk menghidupkan atau mematikan deringan iPhone.

Kedua-dua butang kelantangan dan silent itu dikhabarkan mempunyai reka bentuk solid-state, iaitu butang yang berasaskan sentuhan dengan tindak balas Taptic Engine.

Lebih mudah difahami, ianya sama seperti butang Home pada iPhone 7, 8, SE 2 & 3, yang mana membuatkan pengguna berasa seolah-olah menekan butang fizikal.

Base model seems to still have the old mute switch pic.twitter.com/Es9MntoXjh

— ShrimpApplePro 🍤 ずっと真夜中でいいのに (@VNchocoTaco) March 20, 2023

Bagi dua model asas iPhone 15 dan iPhone 15 Plus, dijangkakan dua butang mekanikal kelantangan serta suis Ring/Silent masih akan dikekalkan.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY