Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple watch watchos 9

Ini Empat ‘Watch Face’ Baharu Dalam watchOS 9

Posted on Jun 7, 2022Jun 7, 2022

Pengguna Apple Watch nanti akan menerima 4 wajah baharu muka jam dalam kemas kini watchOS 9 kelak.

Untuk makluman, watchOS 9 hanya disokong pada Apple Watch Series 4 dan ke atas.

Muka jam baharu ini ialah Lunar, Playtime, Metropolitan dan Astrology.

Lunar

The new Lunar face is shown on Apple Watch Series 7.

Seperti namanya, ia menampilkan kalendar terus pada muka jam. Antara kalendar yang boleh dipilih untuk muka jam ini ialah takwim Hijrah, Cina dan Hebrew.

Ada 4 complication atau elemen tambahan boleh digabungkan dalamnya.

Playtime

The new Playtime face is shown on Apple Watch Series 7.

Playtime hadir dengan rekaan font yang nampak sangat riang seolah-olah Apple Watch dipakai kanak-kanak.

Rekaan ini adalah hasil kerjasama dengan artis Joi Fulton. Menariknya, jika anda putarkan tombol jam, akan ada animasi konfeti di latar berjalan. Watak yang dipapakan juga akan bergerak memberi reaksi apabila anda menyentuhnya.

Anda boleh pilih sama ada latar warna yang kosong atau bersama konfeti namun muka jam ini tidak boleh ditambah complication.

Metropolitan

The new Metropolitan face is shown on Apple Watch Series 7.

Ada 4 complications boleh disertakan bersama untuk muka jam Metropolitan ini. Seperti biasa, 4 elemen tambahan ini akan memenuhi 4 penjuru ruang kosong pada skrin.

Rekaannya memang jelas seperti jam analog dengan reka bentuk bulat. Semua font tersedia juga nampak sangat mirip dengan jam analog.

Astronomy

The new Astronomy face is shown on Apple Watch Series 7.

Muka jam Astronomy memang sedia ada dalam watchOS 8 sekarang namun kali ini, ia ditambah baik dengan menambah peta bintang baru, data berdasarkan lokasi dan barisan font yang boleh dipilih.

Anda juga boleh pilih untuk jadikan Bumi, bulan atau sistem solar sebagai pilihan utama.

Untuk complication, ia terhad menyokong 2 sahaja.

Itu sahaja 4 wajah baru hadir dalam kemaskini yang akan dilepaskan pada September lagi.

Dalam pada itu, Versi terbaharu watchOS ini hadir dengan beberapa lagi perkara baru seperti sokongan takwim Hijrah, pemantauan tidur yang lebih terperinci dan lain-lain. Anda boleh baca lebih lanjut di sini.

Baca juga:

  • iOS 16 Rasmi, Ini Apa Yang Diumumkan Selain ‘Lockscreen’ Baharu
  • WatchOS 9 Sokong Takwim Hijrah, Pemantauan Tidur Lebih Terperinci
  • Ini Senarai Model iPhone Yang Menyokong Kemas Kini iOS 16

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress