Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple watch watchos 9

WatchOS 9 Sokong Takwim Hijrah, Pemantauan Tidur Lebih Terperinci

Diterbitkan Jun 7, 2022 · Dikemas kini Jun 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Apple dalam acara WWDC pagi ini memperkenalkan versi terbaharu sistem operasi bagi Apple Watch iaitu watchOS 9.

Antara yang terkini dalamnya ialah sokongan kalendar Hijrah dan Hebrew serta pengenalan 4 watch face baharu.

Selain itu, pengguna kelak boleh pinkan aplikasi untuk mudahkan ia diakses. Notifikasi pada jam juga mengalami sedikit perubahan.

new watchface in watchOS 9

Aplikasi Workout akan hadir dengan lebih banyak penjejakan seperti granular, ciri untuk pelari seperti vertical oscillation, ground contact time dan stride length.

Amaran baharu seperti Pace dan Heart Rate Zones juga dapat menambah pengetahuan pemakai tentang keadaan kecergasan mereka.

WatchOS 9 Sokong Takwim Hijrah, Pemantauan Tidur Lebih Terperinci

Dalam pada itu, Apple juga akan melepaskan latihan-latihan baru yang diilhamkan daripada atlet berprestasi tinggi.

Untuk pemantauan tidur, Apple Watch kelak hadir dengan ciri dipanggil Sleep Stages untuk mengesan tahap tidur pemakai seperti REM, Core atau deep sleep.

WatchOS 9 Sokong Takwim Hijrah, Pemantauan Tidur Lebih Terperinci

Ciri AFib History juga diperkenalkan mulai watchOS 9 ini. Ia membolehkan pengguna memantau kekerapan petanda fibrilasi atrium muncul. Ia sudah mendapat kelulusan FDA.

watchos-9-medications.jpg

Selain itu, aplikasi Medications yang akan dilepaskan nanti akan membantu pemakai dengan ubat, vitamin, suplemen dan sebagainya. Ia akan mengingatkan mereka bila untuk mengambilnya, dos dan maklumat lain berkenaannya.

WatchOS 9 Sokong Takwim Hijrah, Pemantauan Tidur Lebih Terperinci

Kedua-dua maklumat dalam aplikasi Healt dan Medications ini boleh dikongsi pada ahli keluarga lain.

Untuk Apple Watch Series 7, papan kekunci QWERTY menyokong bahasa Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Portugis dan Sepanyol.

watchOS 9 ini hanya disokong Apple Watch Series 4 dan ke atas, meninggalkan Series 3 di watchOS 8.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY