Ini Barisan Komputer Riba Lenovo Yang Guna Teknologi 'AI Gaming'

Di samping pelancaran barisan komputer riba siri Lenovo Yoga generasi baru, Lenovo juga telah melancarkan siri Lenovo Legion yang khas untuk kegunaan gaming dengan kelengkapan teknologi kecerdasan buatan.

Antara yang ditawarkan adalah penjagaan aliran haba, Coldfront: Hyper dan cip Lenovo LA AI Core.

Lenovo Legion 9i (16'', Gen 9)




Untuk model ini, ia dikuasakan dengan Intel Core i9-14900HX serta disokong NVIDIA GeForce RTX 4090, cip AI LA3-P, memori 64GB DDR5 dan storan 2TB PCIe SSD Gen 4.

Skrinnya pula adalah jenis Mini LED 16 inci dengan kadar segar semula 165Hz, kadar tindak balas 3 ms dan resolusi 3200 x 2000.

Selain itu, komputer riba ini hadir dengan kapasiti bateri 99.99WHr, alat suai kuasa 330W, kamera FHD 1080p, 2 pembesar suara Nahimic Audio, WiFi 7, Bluetooth 5.1, HDMI 2.1, USB-C 3.2 Gen 1 dan USB-A 3.2 Gen 1.

Lenovo Legion Pro 7i (16'', Gen 9)




Sama seperti model di atas, model Pro 71 ini juga dikuasakan oleh Intel Core i9-14900HX dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 4090, cip AI LA1+LA2Q, memori 32GB RAM dan storan 2TB PCIe SSD Gen 4.

Selain itu, paparannya merupakan jenis WQXGA IPS bersaiz 16 inci dengan resolusi 2560 x 1600, kadar segar semula 240Hz dan kadar tindak balas 3ms.

Selain daripada bateri 99.99WHr, komputer riba ini juga dilengkapi dengan kamera 1080p, 2 pembesar suara Nahimic Audio, WiFi 6E, Bluetooth 5.1, USB-A 3.2 Gen 1, USB-C 3.2 Gen 2 dan HDMI 2.1.

Lenovo Legion 7i (16'', Gen 9)




Model standard 7i ini juga dikuasakan oleh cip Intel Core i9-14900HX dengan sokongan GPU NVIDIA GeForce RTX 4070, cip AI LA1+LA3, memori 32GB DDR5 dan storan 1TB PCIe SSD Gen 4.

Paparannya pula adalah jenis IPS bersaiz 16 inci dengan resolusi 3200 x 2000, kadar segar semula 165Hz dan kadar tindak balas 3ms.

Selain itu, ia lengkap dengan bateri 99.99WHr bersama alat suai kuasa 230W, kamera 1080p, 2 pembesar suara Nahimic Audio, WiFi 7, Bluetooth 5.2, HDMI 2.1, USB-C 3.2 Gen 2 dan USB-A 3.2 Gen 1.

Lenovo Legion Pro 5i (16'', Gen 9)




Model ini juga dikuasakan oleh cip Intel Core i9-14900HX dan disokong NVIDIA GeForce RTX 4070, cip AI LA1, memori 32GB RAM DDR5 dan storan 2TB PCIe SSD Gen 4.

Ia dilengkapi skrin WQXGA IPS 16 inci yang berkadar segar semula 240Hz, resolusi 2560 x 1600 dan kadar tindak balas 3ms.

Baterinya pula hadir dengan kapasiti 80WHr bersama alat suai kuasa 3o0W. Lain-lain ciri adalah kamera 1080p, 2 pembesar suara Nahimic Audio, WiFi 6E, Bluetooth 5.1, HDMI 2.1, USB-C 3.2 Gen 2 dan USB-A 3.2 Gen 1.

Lenovo Legion 5i (16'', Gen 9)




Untuk model terakhir dalam siri Legion ini, Legion 5i dikuasakan oleh cip Intel Core i9-14900HX serta disokong GPU NVIDIA GeForce RTX 4070, cip AI LA1, memori 32GB RAM DDR5 dan storan 1TB PCIe SSD Gen 4.

Selain itu, skrinnnya adalah jenis WQXGA IPS 16 inci dengan resolusi 2560 x 1600, kadar segar semula 240Hz dan kadar tindak balas 3ms.

Lain-lain adalah bateri 80WHr, alat suai kuasa 230W, kamera 1080p, WiFi 6E, Bluetooth 5.1, 2 pembesar suara Nahimic Audio, HDMI 2.1, USB-C 3.2 Gen 2 dan USB-A 3.2 Gen 1.

{suggest}

Lenovo LOQ 15IAX9


Di samping model Legion yang disediakan khas untuk gaming, Lenovo juga menawarkan model Lenovo LOQ yang dikuasakan Intel Core i5-12450HX dengan sokongan NVIDIA GeForce RTX 4050, cip AI LA1, memori 32GB RAM DDR5 dan storan 1TB PCIe SSD Gen 4.



 

Paparannya pula adalah jenis WQHD IPS 15.6 inci dengan resolusi 2560 x 1440 dan kadar segar semula 165Hz.

Selain itu, ia juga lengkap dengan teknologi hyperchamber untuk penggunaan yang berpanjangan dan penjagaan suhu yang stabil pada mode Extreme.

Lain-lain ciri adalah seperti bateri 80WHr, alat suai kuasa 230W, kamera 1080p, WiFi 6E, Bluetooth 5.1, 2 pembesar suara Nahimic Audio, HDMI 2.1, USB-C 3.2 Gen 2 dan USB-A 3.2 Gen 1.

Sumber: Siaran Media Lenovo