Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pakar Luah Kebimbangan, Berjuta Pelajar Universiti Didapati Guna AI Siapkan Penulisan

Pakar Luah Kebimbangan, Berjuta Pelajar Universiti Didapati Guna AI Siapkan Penulisan

Diterbitkan April 16, 2024 · Dikemas kini April 16, 2024 oleh ariff bukhari

Kecanggihan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang digunakan secara meluas kini menjadi kebimbangan dikalangan pakar akademik.

Ia ekoran daripada perkhidmatan pengesanan plagiarisme Turnitin menunjukkan bahawa pelajar menggunakan AI untuk menulis berjuta-juta kertas sepanjang tahun lepas kesan daripada populariti chatbot AI seperti ChatGPT yang semakin berkembang dan mudah diakses oleh sesiapa sahaja di dunia melalui rangkaian internet.

Turnitin, perkhidmatan pengesanan plagiarisme dalam talian untuk pendidik yang baru dilancarkan sebagai alat pengesanan AI mendapati, lebih 22 juta kertas pelajar (11% daripada sampel yang disemak oleh syarikat) menggunakan AI untuk menjana sekurang-kurangnya 20% daripada penulisan sejak April 2023.

Turnitin menyemak lebih 200 juta kertas kerja di seluruh dunia, kebanyakannya daripada institusi pengajian tinggi.

“Kita berada di persimpangan penting dalam pendidikan di mana teknologi mengubah pembelajaran, dengan keperluan untuk integriti akademik adalah lebih kritikal berbanding sebelum ini… ciri pengesanan tulisan AI kami, membantu memajukan pembelajaran tanpa mengorbankan integriti akademik.” — Annie Chechitelli, ketua pegawai produk Turnitin

Pendidik dan penggubal undang-undang sedang kecelaruan untuk menangani cara AI digunakan dalam pendidikan di tengah-tengah kebimbangan penipuan dan plagiarisme.

Setakat ini, hanya 5 negeri di A.S – Virginia Barat, Oregon, Carolina Utara, California dan Washington telah melaksanakan dasar yang mengawal penggunaan AI di sekolah.

Kolej dan universiti individu akan mengeluarkan dasar mereka sendiri. Tetapi kebanyakannya masih kurang jelas tentang garis panduan yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, menurut penyelidikan terbaru dari Stanford, isu kebimbangan terhadap AI yang membantu pelajar menipu didakwa sebagai berlebihan.

Kajian itu mendakwa, peratusan pelajar sekolah menengah yang menipu dalam tugasan sebenarnya menurun pada 2023 ketika ChatGPT mula diperkenalkan.

“Terdapat banyak sebab mengapa pelajar menipu. Mereka mungkin bergelut dengan bahan dan tidak dapat mendapatkan bantuan yang mereka perlukan…Kami perlu membantu pelajar dan pendidik mencari cara untuk membincangkan etika penggunaan teknologi ini dan apabila ia berguna dan tidak berguna untuk pembelajaran pelajar.” — Denise Pope, pensyarah kanan di Sekolah Pendidikan Siswazah Stanford.

Sebenarnya, isu penipuan seperti ini tidak terhad pada AI sahaja.

Insiden penipuan pelajar yang menyalahgunakan peranti seperti fon telinga tanpa wayar yang dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan juga menjadi satu isu yang membimbangkan di mana ada dikalangan pelajar perempuan bertudung dilaporkan bertindak menyembunyikan peranti tersebut ketika menjawab peperiksaan dengan dibantu rakan mereka dari luar.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Sambar iPhone Raya Sekarang Serendah RM46/bulan Dan Jimat Sehingga RM750

Sumber: Quartz, Turnitin, Standford

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY