Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 slim rumors_1

Ini 6 Kategori Pengguna Yang Akan Beli iPhone 16 Nanti

Diterbitkan September 6, 2024 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia tahu, Apple akan mengumumkan barisan model iPhone 16 pada minggu depan, 10 September 2024.

Tapi, adakah pengguna akan menaik taraf iPhone sedia ada mereka kepada iPhone terbaru itu nanti?

Menurut tinjauan yang dibuat oleh Consumer Intelligence Research Partners, LLC (CIRP),berkaitan persoalan mengapa pengguna membeli iPhone yang baru, subjek tinjauan memberikan jawapan terbuka dan penyelidik CIRP mengekodkan respon mereka ke dalam 6 kategori ini:

  • Telefon lama sudah usang
  • Telefon lama hilang, rosak atau dicuri
  • Mahukan ciri terbaharu
  • Insentif ditawar penyedia perkhidmatan
  • Meningkatkan kualiti rangkaian, termasuk naik taraf kepada 5G
  • Rakan dan keluarga mempunyai iPhone

CIRP dalam laporannya menjelaskan, 44% pemilik iPhone akan membeli iPhone terbaru untuk menggantikan iPhone yang sudah usang kerana sudah tidak menerima kemas kini atau ia telah mula perlahan dengan prestasi yang berkurangan.

Kira-kira tiga perempat (29%) daripada pengguna yang membeli iPhone baharu pula adalah kerana masalah dengan telefon lama mereka – ia sama ada usang atau telah gagal berfungsi dan perlu diganti. Alasan peranti hilang, rosak atau dicuri turut termasuk dalam kategori ini.

Manakala bagi ciri terbaru (mewakili 18%) bermakna, pengguna masih memiliki iPhone yang berfungsi dengan baik tetapi mahukan ciri terkini, seperti kamera, paparan atau pemproses yang dipertingkatkan.

faktor beli iPhone baru
Sebab untuk membeli iPhone baharu (untuk tempoh dua belas bulan berakhir Jun 2024) – CIRP.

3 Faktor yang lain iaitu insentif ditawar oleh penyedia perkhidmatan, mahu meningkatkan kualiti rangkaian, termasuk naik taraf kepada 5G serta pengaruh rakan dan keluarga yang memiliki iPhone hanyalah faktor kecil sahaja kepada penyebab pengguna membeli iPhone terbaru.

Walaubagaimanapun CIRP menjangkakan, pengguna yang mahukan ciri baharu iPhone lah yang akan beratur di Apple Store untuk membeli model iPhone 16 baharu pada hari pelancaran peranti itu nanti.

Jadi, adakah anda dikalangan kategori tersebut yang akan menaik taraf kepada model iPhone 16 nanti?

Sumber: CIRP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Rasmi: Apple Umum Pelancaran iPhone 16 Pada 10 September
  • Nothing Phone (2a) Plus Kini Di Malaysia, Harga RM1,999
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • SPRM Siasat Bayaran Tender Projek 1BestariNet Bernilai RM4 Bilion

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY