Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
16×9-1 (1)

Nothing Phone (2a) Plus Kini Di Malaysia, Harga RM1,999

Diterbitkan September 5, 2024 · Dikemas kini September 5, 2024 oleh Amalina Athman

Selepas dilancarkan untuk pasaran global pada Julai lalu, Nothing hari ini mengumumkan ketibaan Phone (2a) Plus untuk pasaran Malaysia.

Mengimbas spesifikasi, Phone (2a) Plus dilengkapi skrin bersaiz 6.7-inci AMOLED dengan resolusi FHD+, sokongan kadar segar semula adaptif 120Hz serta maksimum kecerahan 1,300 nit.

Aero Plus_OS

Peranti ini dikuasakan cip pemproses Dimensity 7350 Pro dengan gandingan 12GB RAM dan 256GB storan. Bateri pula dibekalkan dengan kapasiti 5,000mAh bersama sokongan pengecasan 50W.

16×9-1 (1)

Pada bahagian kamera, ia menampilkan naik taraf kamera swafoto 50MP – berbanding 32MP pada Phone (2a).

Sementara bahagian belakang menempatkan kamera utama dan ultra lebar, yang juga masing-masing dengan sensor 50MP.

16×9 (6)

Di Malaysia, Phone (2a) Plus diletakkan pada tanda harga RM1,999. Dua pilihan warna tersedia iaitu Grey dan Black.

Pembelian boleh dilakukan secara dalam talian, melalui pengedar sah (DirectD, TMT, Urban Republic, Vivid Concepts dan SS Solutions) atau CelcomDigi (Oktober ke atas).

Untuk pembelian secara dalam talian, layari kedai rasmi Nothing di:

  • Shopee: https://invl.io/cllni3w
  • Lazada: https://invol.co/cllni43

Berkaitan

  • Nothing Umum Ear Dan Ear (a) Dengan Integrasi ChatGPT, Harga Bermula RM479
  • Nothing Perkenal Phone (2a) Special Edition, Berharga RM1,699
  • Carl Pei: Nothing Phone (3) Akan Hadir 2025 Dengan Ciri AI
  • Nothing Phone (2a) Plus Rasmi - Cip Dimensity 7350 Pro, Kamera Swafoto 50MP

Sumber: Siaran Media Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY