Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PR Image 01 – All-Round FastCharge concept

Infinix Umum Teknologi Pengecasan Pantas 260W Dan Wayarles 110W

Diterbitkan Mac 9, 2023 oleh Firdaus

Infinix mengumumkan 2 inovasi baharu dalam teknologi pengecasan yang bakal ditawarkan mereka – 260W All-Round FastCharge dan 110W Wireless All-Round FastCharge.

Menariknya lagi, teknologi pengecasan Infinix ini bakal mengalahkan pengecasan pantas 240W yang ditawarkan realme dalam siri GT3.

Infinix’s 260W FastCharge

260W All-Round FastCharge

Untuk pengetahuan anda, Pengecas 260W All-Round FastCharge menawarkan Rekaan Litar Pintar 4 Pam seperti yang telah diuar-uarkan dalam artikel ini.

Infinix’s 260W FastCharge

Teknologi ini dapat mengenal pasti keperluan kuasa sesebuah peranti dan bilangan pam yang akan bekerja untuk mengecas bateri itu.

Pengecas 260W daripada Infinix ini menggunakan 3 bahan GaN dan litar inovatif PFC + AHB. Oleh itu, Infinix berjaya menghasilkan sebuah pengecas yang berkemampuan tinggi, lebih pintar tetapi dalam binaan yang kompak.

Leak Image

Infinix mendakwa sesebuah bateri itu berjaya mengekalkan lebih daripada 90% kapasiti kuasanya selepas 1000 kali kitaran pengecasan.

110W Wireless All-Round FastCharge

Pengecasan pantas wayarles 110W Infinix ini didakwa mampu mengecas sepenuhnya sesebuah peranti itu hanya dalam masa 16 minit sahaja.

Pengecas wayarles ini menggunakan gegelung sensitif kecil yang dibuat khas dan mempunyai bilangan gegelung yang sikit tetapi hadir dalam saiz yang lebih besar.

Selain itu, ia mempunyai kipas penyejuk yang membantu pelesapan haba agar proses pengecasan lebih efektif dan lancar.

Kami berpendapat bahawa Infinix berkemungkinan besar akan memperkenalkan peranti flagship killer mereka tidak lama lagi yang menyokong teknologi pengecasan ini.

Berkaitan

  • Ahli Fizik: 'Time Travel' Mungkin Boleh Dilakukan Dengan Menggunakan Teknologi Laser
  • Xiaomi Mungkin Lancar Mix Fold 3 Pada Bulan Ogos 2023 Ini
  • Spotify Umum Perubahan Pada Antara Muka, Kini Muat Lebih Banyak Elemen Visual
  • Rasai Pengalaman Terbangkan Sendiri Pelbagai Jenis Dron Di Tech Dome Penang
  • Xiaomi Lancar Redmi 12C, Cip Helio G85 Bermula Pada Harga RM599

Sumber: Siaran Akhbar Infinix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY