Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT3

realme GT3 Rasmi Di Pasaran Global, Pengecasan Terpantas 240W Jadi Taruhan

Diterbitkan Mac 1, 2023 oleh Firdaus

realme telah melancarkan siri GT3 untuk pasaran global yang sebelum ini dikenali sebagai GT Neo5 bagi pasaran China. Tarikan utama peranti flagship realme ini adalah teknologi pengecasan paling berkuasa di dunia ketika ini, 240W.

Siri GT3 yang dilancarkan ini tidak mempunyai sebarang perubahan spesifikasi daripada versi China, realme GT Neo5.

Spesifikasi realme GT3

realme GT3 dikuasakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dan peranti pertama dunia dengan pengecasan pantas Super VOOC 240W.

realme GT3

realme GT3 akan disokongan bateri sebesar 4600mAh yang mampu dicas sepenuhnya dalam masa 9 minit 30 saat sahaja. realme menunjukkan peranti ini boleh dicas ke paras 20% dalam masa 80 saat dan 50% hanya dalam masa 4 minit sahaja.

realme GT3

Peranti ini dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.74″ dengan resolusi 1.5K yang menyokong kadar segar semula 144Hz. Selain itu, ia akan menggunakan platform realme UI 4.0 berasaskan Android 13.

Untuk kamera, realme GT3 menawarkan 50MP kamera utama, 8MP ultra-lebar, 2MP mikroskop dan 16MP swafoto.

Harga dan Variasi

realme GT3 akan menawarkan 3 konfigurasi seperti berikut:

  • 8GB /128GB
  • 12GB /256GB
  • 16GB /256GB
  • 16GB /512GB
  • 16GB /1TB (yang istimewa)
realme GT3
realme GT3

realme hanya mendedahkan harga jualan bagi variasi paling asas yang dijual pada harga USD649 (~RM2912.39).

Berkaitan

  • Skor Kamera Dan Paparan HONOR Magic5 Pro Atasi iPhone 14 Pro Max Dan Galaxy S23 Ultra - DxOMark
  • Pembangun Telefon Dijangka Hadir Dengan Komunikasi Satelit Dari Qualcomm
  • Kuo: iPhone SE Belum 'Mati', Rupa Dan Spesifikasi Sama iPhone 14
  • Qualcomm Mungkin Rugi Besar Jika Apple Guna Cip 5G Sendiri
  • Redmi Umum Teknologi Pengecasan 300W, Mampu Cas 100% Dalam 5 Minit

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY