Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tech Dome Penang

Rasai Pengalaman Terbangkan Sendiri Pelbagai Jenis Dron Di Tech Dome Penang

Diterbitkan Mac 9, 2023 oleh ariff bukhari

Kini anda berpeluang merasai sendiri penglaman menerbangkan dron dengan berkunjung ke Tech Dome Penang yang terletak di tingkat 4 & 5, Geodesic Dome, KOMTAR, Pulau Pinang.

Tech Dome Penang menempatkan Galeri Dron yang telah dirasmikan secara rasminya pada 6 Mac 2023 yang lalu oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Datuk Arthur Joseph Kurup.

Pelancaran Galeri Dron ini membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman menerbangkan dron di mana ianya menampilkan pelbagai jenis dron terbang serta beberapa dron lain untuk dipaparkan. Ia juga termasuklah stesen terbang dron digital.

Tech Dome Penang 2
Tech Dome Penang 3
Tech Dome Penang

 

Tech Dome Penang adalah pusat sains dan teknologi yang dikendalikan oleh Penang Tech Centre. Ia merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan penubuhannya dilakukan secara kerjasama  Awam-Swasta.

Berkeluasan kira-kira 45,000 kaki persegi, Tech Dome Penang mempunyai lebih daripada 120 pameran sains dan teknologi interaktif.

Harga tiket bagi melawati Tech Dome Penang adalah percuma bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, RM16 bagi kanak-kanak dan warga berumur 60 tahun dan ke atas, RM28 bagi dewasa (13 tahun dan ke atas) dan RM22 bagi pelajar (perlu tunjukkan kad pelajar yang sah).

Untuk info lanjut, layari laman rasmi Tech Dome Penang.

Berkaitan

  • realme C55 Dilancarkan Sebagai Android Pertama Dengan Mini Capsule
  • Sonos Era 300 Yang Sokong Spatial Audio Apple Music Masuk Malaysia, Turut Dijual Ialah Era 100
  • Tak Perlu 'Install' Messenger Untuk 'PM Tepi' Di Facebook Selepas Ini

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY