Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2023-03-09 125417

Xiaomi Lancar Redmi 12C, Cip Helio G85 Bermula Pada Harga RM599

Diterbitkan Mac 9, 2023 · Dikemas kini Mac 9, 2023 oleh Firdaus

Xiaomi melancarkan peranti kelas permulaan baharu mereka – Redmi 12C yang dijual pada harga permulaan RM599 sahaja. Anda sudah boleh membuat pratempah bermula hari ini.

Spesifikasi

Redmi 3C dikuasakan MediaTek Helio G85 menggunakan memori RAM LPDDR4X  dan storan eMMC 5.1 yang menawarkan 2 variasi – 4GB / 128GB, 6GB / 128GB.

Screenshot 2023-03-09 125417

Peranti ini menyokong storan tambahan kad mikro SD hingga 1TB besarnya dan menggunakan MIUI 13 yang berasaskan Android 12.

Redmi 3C menawarkan kamera utama 50MP f/1.8, lensa auxiliary dan kamera swafoto 5MP f/2.2. Selain itu, peranti ini menawarkan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 10W.

Xiaomi Lancar Redmi 12C, Cip Helio G85 Bermula Pada Harga RM599
Xiaomi Lancar Redmi 12C, Cip Helio G85 Bermula Pada Harga RM599

Untuk paparan, peranti ini dilengkapi skrin Dot Drop berukuran 6.71″ yang beresolusi 1650 x 720 HD+ dan menyokong kadar segar semula 60Hz.

Antara ciri lain yang dibawakan peranti ini adalah bicu audio 3.5mm, sensor cap jari dan nyahkunci wajah AI. Redmi 12C menawarkan 4 pilihan warna – Graphite Gray, Ocean Blue, Mint Green, Lavender Purple

Redmi 12C-black
Redmi 12C-blue
Redmi 12C-green
Redmi 12C-purple

Anda yang membuat pratempah bermula hari ini hingga 15 Mac akan mendapat Redmi Buds 4 Lite yang bernilai RM139 dengan percuma.

Sementara itu, jualan akan bermula pada 16 Mac sebarang pembelian pada waktu ini akan berpeluang untuk memenangi Xiaomi In-Ear Headphones Basic yang bernilai RM39.

Beli Redmi 12C di Shopee

Beli Redmi 12C di Lazada

Berkaitan

  • Samsung Galaxy A54 Dan A34 Mungkin Akan Dilancarkan Pada 15 Mac Ini
  • Cip Pemproses Nothing Phone (2) Secara Tidak Sengaja Didedahkan
  • Redmi K60 Ultra Mungkin Tak Cukup Ultra Berbanding Pendahulunya
  • nubia Z50 Ultra Rasmi, Hadir Dengan Lensa Kamera 35mm Dan 85mm
  • Xiaomi Mungkin Lancar Mix Fold 3 Pada Bulan Ogos 2023 Ini

Sumber: Siaran Akhbar Xiaomi Redmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY