Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spotify 2023

Spotify Umum Perubahan Pada Antara Muka, Kini Muat Lebih Banyak Elemen Visual

Diterbitkan Mac 9, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Spotify kini tampil dengan perubahan pada antara muka di mana secara kasarnya seperti campuran elemen daripada TikTok, Instagram dan YouTube.

Di halaman utama sekarang, anda akan disajikan dengan lebih banyak visual melalui apa yang dipanggil berbanding sebelum ini yang hanya teks dan gambar kulit album.

spotify ui baru 4

Berkaitan

  • Ini Cara Dapatkan Diskaun YouTube Premium Guna E-mel Pelajar
  • Reka 'Spotify Pie Chart' Untuk Tahu Citarasa Muzik, Ini Caranya
  • Cara Kurangkan Kegelisahan Tentang Storan iPhone Yang Dah Berkurang
  • Spotify Tawar Ciri Tapis Bunyi Latar Yang Bising Untuk Pencipta Kandungan
  • Kemas Kini Spotify Terbaru Tunjukkan Sedikit Perubahan Antara Muka
  • Menurut DXOMARK, Ini 10 Telefon Dengan Kamera Terbaik Setakat Ini

spotify home 2023

Sama ada dalam tab Music, Podcast & Shows atau Audiobook, ia sekarang dimuatkan dengan video previu yang anda boleh tekan untuk seperti Story di Instagram.

spotify ui baru 5

Untuk carian di Search pula, anda akan lihat klip Cancas yang boleh ditatal ke atas dan bawah seperti di TikTok.

Shortcut seperti Most Recently Played masih akan berada di bahagia atas Home.

spotify ui baru 2

Selain itu, dua ciri baharu diperkenal ialah DJ dan Smart Shuffle.

Smart Shuffle ini saya lihat sama saja seperti fungsi Enhanced yang sudah lama ada. Ia  akan selitkan beberapa lagu yang dirasakan sesuai dengan playlist yang sedang dimainkan.

spotify ui baru 1

Melalui semakan saya, Enhanced sudah tidak tersedia, mungkin digantikan terus dengan Smart Shuffle. Bahkan, ikon pada lagu yang ditambah juga sama dengan ikon Enhanced sebelum ini.

Ciri DJ pula memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) yang akan memilih lagu untuk anda berdasarkan penggunaan Spotify anda.

spotify playlist 2

Namun, buat masa ini DJ hanya tersedia di AS dan Kanada. Spotify mengatakan ciri ini mendapat sambutan meriah dna maklum balas yang positif setakat percubaan ini.

spotify playlist 1

Dalam kemas kini baharu ini juga, podcast akan menerima ciri Autoplay di mana Spotify akan sambungkan podcast yang dirasakan sesuai apabila satu-satu podcast tamat.

Saya sudah mengemas kini ke Spotify versi terkini namun ciri previu dan video masih tidak terpapar. Yang sudah tersedia hanya Smart Shuffle.

Sudahkah anda mendapatkan versi Spotify terbaharu? Apa kata anda?

Sumber: Spotify

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY