Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NOTE Edge KV With Price.jpg

Infinix NOTE Edge Dilancarkan, Harga RM999

Diterbitkan Februari 4, 2026 · Dikemas kini Februari 4, 2026 oleh Amalina Athman

Infinix kini melancarkan telefon pintar terbarunya, NOTE Edge, untuk pasaran Malaysia.

Menyentuh spesifikasi, NOTE Edge menampilkan skrin melengkung 6.78-inci AMOLED 1.5K dengan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz dan maksimum kecerahan 4,500 nits.

3. Infinix NOTE Edge is powered by the MediaTek Dimensity 7100 5G platform

Peranti ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7100 bersama gandingan 8GB RAM LPDDR5X dan storan 256GB UFS 2.2, serta menjalankan XOS 16 berasaskan Android 16.

NOTE Edge juga dijamin menerima tiga tahun naik taraf XOS sehingga XOS 19, berserta lima tahun tampalan keselamatan.

Bahagian kamera pula dimuatkan 50MP kamera utama dan 13MP swafoto, lengkap dengan mod Live Photo yang membolehkan rakaman 3 saat dengan audio.

Bagi menghidupkan peranti, NOTE Edge dibekalkan bateri berkapasiti 6,500mAh dengan sokongan pengecasan 45W.

X6887_NOTE Edge_info graphic(1).jpg

Selain itu, NOTE Edge turut menyokong dwi-pembesar suara stereo JBL, Bluetooth 5.4, NFC, serta kalis air dan habuk IP65. Ia ditawarkan dalam empat warna iaitu Lunar Titanium, Silk Green, Stellar Blue dan Shadow Black.

Infinix NOTE Edge Dilancarkan, Harga RM999

Harga dan ketersediaan

Infinix NOTE Edge dijual pada harga RM999 dan mula tersedia hari ini, 4 Februari 2026. Ia boleh dibeli melalui kedai rasmi Infinix di TikTok Shop atau pengedar sah. Setiap pembelian turut hadir dengan hadiah percuma termasuk sarung, tali telefon dan tempered glass bernilai RM109.

NOTE Edge KV With Price.jpg

Pengguna juga boleh memasukkan nama peranti di Laman Beli untuk pembelian melalui Shopee dan Lazada.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Infinix Lancar XPAD Edge Dengan Harga RM1299
  • Infinix NOTE 60 Bakal Sokong Panggilan Satelit Global
  • Infinix NOTE Edge Tawar Sokongan Kemas Kini Sehingga 5 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY