Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
629284177_1317547540409808_2432025901494470851_n (1)

Infinix Sahkan Model Terpilih Siri NOTE 60 Akan Menggunakan Cip Snapdragon

Diterbitkan Februari 11, 2026 · Dikemas kini Februari 11, 2026 oleh ariff bukhari

Infinix hari ini mengumumkan kerjasama dengan platform Snapdragon untuk meningkatkan prestasi telefon pintar generasi baharunya.

Langkah ini menunjukkan komitmen syarikat itu terhadap penyelidikan dan pembangunan, dengan fokus pada pengalaman pengguna yang lebih lancar, kuasa pemprosesan tinggi serta kecekapan tenaga.

Infinix berkata, dengan sokongan Snapdragon, mereka berhasrat membawa teknologi premium ke segmen pasaran lebih luas, termasuk golongan muda yang mahukan prestasi gaming dan multimedia terbaik pada harga berpatutan.

Untuk itu, bermula dengan model terpilih dalam siri NOTE 60 yang akan datang, ia akan menjadi telefon pintar pertama Infinix yang dikuasakan oleh platform mudah alih Snapdragon.

infinix note 50 pro+ 5g
Langkah ini menjadi peralihan yang penting kepada Infinix di mana model sebelum ini iaitu Siri NOTE 50 dipacu oleh cip MediaTek.

Infinix dalam satu kenyataan menekankan bahawa dengan mengintegrasikan penyelesaian sistem-pada-cip Snapdragon ke dalam model terpilih, Siri NOTE 60 bersedia untuk membuka kemungkinan luar biasa dan memberikan pengalaman baharu kepada pengguna di seluruh dunia.

Selain itu, Infinix turut menekankan strategi jangka panjang dalam memperkukuh inovasi dalaman bagi memastikan produk mereka kekal relevan dalam pasaran global yang kompetitif.

Infinix Sahkan Model Terpilih Siri NOTE 60 Akan Menggunakan Cip Snapdragon

Kerjasama Infinix dengan Snapdragon ini dijangka akan mempercepatkan pembangunan ciri baharu seperti AI, fotografi mudah alih dan sambungan 5G.

Infinix juga telah mengesahkan bahawa mereka kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan siri NOTE 60 dengan berkongsikan imej acah model Infinix NOTE 60 Pro yang kelihatan memiliki rekaan belakang dan warna seakan iPhone 17 serta gaya paparan matriks seperti Nothing Phone 3.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Infinix NOTE Edge Dilancarkan, Harga RM999
  • Razer Boomslang 20th Anniversary - Terhad 1,337 Unit Seluruh Dunia, Harga RM5,969

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY