Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix NOTE 60 Bakal Sokong Panggilan Satelit Global

Infinix NOTE 60 Bakal Sokong Panggilan Satelit Global

Diterbitkan Januari 9, 2026 oleh ainabatrisyia

Di CES Showstoppers 2026, Infinix memperkenalkan teknologi komunikasi satelit dengan liputan hampir dua per tiga permukaan bumi yang memberikan sambungan satelit yang jauh lebih luas berbanding sekarang.

2.Infinix NOTE 60 Ultra Arriving with Satellite Calling and Messaging

Siri NOTE 60 dijangka menjadi model pertama yang menampilkan teknologi ini. Dengan sokongan kelajuan sehingga 4kbps, ia mampu menawarkan panggilan suara dua hala yang berdefinisi tinggi serta perkhidmatan pesanan ringkas.

Teknologi ini menggunakan satu sistem komunikasi ringkas tanpa perlu pendaftaran tambahan, membolehkan pertukaran automatik yang lancar antara perayauan mudah alih dengan sambungan satelit.

Ia juga menyokong Speaker Mode dan Bluetooth Headset CallingĀ bagi mengekalkan panggilan suara yang jelas walaupun di persekitaran yang berangin. Infinix juga sedang membangunkan Space-Air-Ground All-scenario Integrated Network untuk kegunaan dalam pelbagai situasi.

3.All-in-One Integration Heat Dissipation and Cooling Architecture

Selain itu, Infinix telah membangunkan HydroFlow Liquid Cooling Architecture, sistem penyejukan cecair yang paling maju dalam dunia telefon pintar setakat ini.

Terasnya adalah teknologi Dual-Piezoelectric-Ceramic Single-Pump yang mampu mengalirkan cecair dua kali lebih laju berbanding sistem penyejukan cecair biasa, iaitu sehingga 6.5 ml/min. Sistem ini dibina bagi memastikan semua sumber haba utama disejukkan sepenuhnya dengan lebih tepat.

Bagi meningkatkan lagi kuasa penyejukan, teknologi kipasĀ piezoelectric direka oleh Infinix untuk telefon pintar. Kipas yang beroperasi hampir tanpa bunyi ini, mampu menghasilkan aliran udara bertekanan tinggi yang memberikan kecekapan pelepasan haba sehingga 10 kali ganda berbanding bilah kipas tradisional.

‘s industry-first split controller

Turut diketengahkan, pengawal berasingan pertama dalam industri yang dilengkapi pad sentuh besar sensitif tekanan. Ia memberikan pengalaman kependaman ultra rendah dan kawalan tanpa had kepada pengguna.

Dilengkapi magnetic triggers tanpa wayar dengan suis mikro bertaraf tetikus, menjadikan peranti ini sebagai stesen permainan imersif yang serba boleh.

Berkaitan

  • Infinix Lancar GTBuds 4 Dengan Harga RM229
  • Infinix Lancar XPAD Edge Dengan Harga RM1299
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY