Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-02-15T095619.714

Infinix HOT 40 Pro Akan Hadir Di Malaysia Dengan Edisi Free Fire

Diterbitkan Februari 15, 2024 oleh Muhd Idham

Syarikat telefon pintar Infinix kini telah mengumumkan ketibaan produk terbaru siri HOT, Infinix HOT 40 Pro di Malaysia pada 19 Februari 2024 selepas pelancarannya di China pada akhir tahun 2023 yang lepas.

Sehubungan dengan itu, Infinix juga telah mengesahkan kerjasama mereka dengan permainan mudah alih, Free Fire bagi menampilkan edisi khas Infinix HOT 40 Pro.

Spesifikasi penuh bagi model HOT 40 Pro ini adalah terdiri daripada cip pemprosesan Helio G99 dengan konfigurasi 16GB RAM dan 256GB storan.

Paparan pula adalah skrin FHD+ yang berkadar segar semula 120Hz.

Bateri bagi HOT 40 Pro ini tampil dengan kapasiti 5,000mAh dan sokongan pengecasan 33W.

Berkaitan

  • WhatsApp Sertai F1 Musim 2024 Bersama Pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1
  • Pemilik iPhone 7 Di Amerika Akan Terima Bayaran Hampir RM1700
  • Rasa Tak Selesa, Pengguna Mahu Pulangkan Semula Apple Vision Pro
  • Lebih 10% Pengguna Android Di AS Didapati Beralih Ke iPhone Setiap Tahun

Selain daripada itu, siri HOT 40 ini juga tampil dengan varian Infinix HOT 40i yang dikuasakan oleh cip lapan teras serta 16GB RAM memori dan 256GB storan.

Skrin pula hadir dengan jenis paparan berlubang serta kadar segar semula 90Hz yang juga digandingkan dengan kamera swafoto 32MP serta kamera utama 50MP.

Kapasti baterinya juga sama dengan model HOT 40 Pro iaitu 5,000mAh tapi menggunakan pengecasan 18W.

Untuk harga dan ketersediaannya, nantikan pada 19 Februari depan.

Beli peranti Infinix di:

Shopee – https://invl.io/clklmh5

Lazada – https://invol.co/clklmh9

Sumber: Siaran Media Infinix Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY