Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mercedes F1 Whatsapp

WhatsApp Sertai F1 Musim 2024 Bersama Pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1

Diterbitkan Februari 14, 2024 · Dikemas kini Februari 14, 2024 oleh ariff bukhari

Platform pemesejan popular, WhatsApp telah pun menjalinkan kerjasama dengan pasukan lumba kereta F1, Mercedes-AMG PETRONAS F1 pada tahun 2023 lalu sebagai rakan kongsi rasmi pasukan F1 itu.

Pada bulan September lalu, Mercedes-AMG F1 adalah pengguna awal ciri siaran Saluran (Channel) WhatsApp, untuk berkongsi dengan peminat di sebalik tabir perkembangan dan aktiviti semasa pasukan F1 tersebut.

Kerjasama baharu itu telah diumumkan secara eksklusif menerusi Saluran WhatsApp Pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 sebaik ciri Channel dilancarkan.

WhatsApp Sertai F1 Musim 2024 Bersama Pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1

Musim F1 2024 bakal bermula tidak lama lagi dengan kebanyakkan pasukan F1 sudah pun mendedahkan reka bentuk dan rekaan corak baharu kereta lumba mereka kepada umum.

Untuk Pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 pula, mereka baru sahaja  mendedahkan rupa baharu kereta F1 mereka sebentar tadi yang disiarkan secara langsung dari Silverstone.

WhatsApp Sertai F1 Musim 2024 Bersama Pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1
WhatsApp Sertai F1 Musim 2024 Bersama Pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1
WhatsApp Sertai F1 Musim 2024 Bersama Pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1

Menerusi kerjasama ini, Mercedes-AMG F1 akan bergantung pada WhatsApp sebagai aplikasi pemesejan untuk bekerjasama, berjuang dan mengekalkan penyelarasan masa nyata yang penting sepanjang 23 perlumbaan setahun yang berlangsung di pelbagai benua.

WhatsApp menyertai Pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 bersama 17 lagi rakan kongsi lain termasuklah AMD, Luminar, Hewlett Packard dan Snapdragon.

Kalendar perlumbaan F1 2024 akan menampilkan 24 perlumbaan yang bermula di Bahrain pada 2 Mac 2024 dan berakhir di Abu Dhabi pada 8 Disember 2024.

Berkaitan

  • Aplikasi Android Google Gemini Boleh Digunakan Di Malaysia, Ini Caranya
  • Mahu Jana Lebih Untung, Glazers Mahu Pemain Man Utd Pakai Kamera Badan
  • Akui Terpalit Skandal, Daihatsu Lantik Presiden Baharu

Sumber:  Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY