Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Rasa Tak Selesa, Pengguna Mahu Pulangkan Semula Apple Vision Pro

Posted on Februari 15, 2024Februari 15, 2024

Apple Vision Pro telah pun tersedia untuk pasaran Amerika Syarikat pada awal Februari ini.

Kini, beberapa pemilik Vision Pro dilaporkan mahu memulangkan semula set kepala itu – Apple membenarkan pengguna memulangkan sebarang produk dalam tempoh 14 hari selepas pembelian.

{suggest}

Selain berat peranti, keselesaan menjadi punca utama bagi isu pemulangan semula itu. Vision Pro dikatakan menyebabkan pengguna sakit kepala dan mabuk perjalanan.

https://twitter.com/ParkerOrtolani/status/1757149437502128176

Can’t wait to return the Vision Pro, probably the most mind blowing piece of tech I’ve ever tried.

Can’t deal with these headaches after 10 minutes of use though.

— Rjey (@RjeyTech) February 14, 2024

Setiap anggota badan manusia adalah unik, dan tidak mengejutkan apabila ia menjadi masalah bagi sesebuah peranti boleh pakai yang dikeluarkan secara besaran-besaran. Kesannya menjadi tidak seimbang kerana setiap pengguna adalah berbeza. Hidung, bentuk muka dan lain-lain mendorong kepada keselesaan pengguna.

Akan tetapi, perkakasan bukanlah satu-satunya isu yang timbul. Antara lainnya, Vision Pro dikatakan tidak menawarkan produktiviti yang mencukupi setanding harganya.

Two hours after unboxing my Apple Vision Pro and using it, I decided to box it back up again and return it. It's quite cool, but there's nothing in it for me that I'll use frequently enough to warrant my keeping it.

— Alexander Torrenegra (@torrenegra) February 13, 2024

Di Threads, seorang pengguna mengatakan peranti itu tidak boleh digunakan untuk kerja dan skrin Figma membuatkannya rasa pening. Pengguna di X juga mengatakan pengalaman pengekodan kurang meyakinkan dan menyebabkan sakit kepala.

I will return my Apple Vision Pro.

The coding experience failed to convince me, particularly the moments when it clarifies text on focus, causing headaches during programming.

— Gui Bibeau (@GuiBibeau) February 6, 2024

Sebelum ini, CEO Meta Mark Zuckerberg turut memberikan pandangan setelah mencuba sendiri Apple Vision Pro. Menurutnya, Meta Quest 3 adalah lebih baik berbanding Vision Pro. Tambahan pula, Quest 3 lebih ringan dan harganya juga jauh lebih rendah.

Sumber: The Verge

Gambar utama: Reuters

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress