Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 7 Plus_1

Pemilik iPhone 7 Di Amerika Akan Terima Bayaran Hampir RM1700

Diterbitkan Februari 15, 2024 ยท Dikemas kini Februari 15, 2024 oleh Amalina Athman

Apple tahun lalu telah bersetuju untuk membayar $35 juta (~RM167.23 juta) bagi menyelesaikan tuntutan mahkamah di Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa bahawa iPhone 7 dan iPhone 7 Plus mengalami isu audio tertentu berkaitan dengan cip “Audio IC”.

Kini, syarikat itu mula memaklumkan kepada pelanggan yang layak melalui e-mel.

Berkaitan

  • Tak Perlu Banyak, Dengan 3 Siri iPhone Ini Saja Apple Sudah Kuasai Pasaran Telefon Pintar 2023
  • Bayar Cukai Pintu Dengan Aplikasi CEPat Dan Berpeluang Menang iPhone 15 Pro
  • Switch Tawar Diskaun Tukar Bateri Siri iPhone 12, iPhone 13

Pengguna yang layak terdiri daripada penduduk AS yang pernah atau memiliki iPhone 7 atau iPhone 7 Plus antara 16 September 2016 dan 3 Januari 2023, serta melaporkan isu audio kepada Apple, termasuk mereka yang telah membayar Apple untuk pembaikan atau penggantian iPhone akibat isu audio yang dilindungi.

Dalam penyelesaian yang dicadangkan, pengguna yang terjejas akan menerima bayaran sehingga $349 (~RM1,667) – memerlukan kelulusan Mahkamah California pada 18 Julai atau lebih baru. Tarikh akhir untuk memilih kaedah pembayaran, membantah penyelesaian atau menarik diri ialah pada 3 Jun.

Terdahulu, Apple telah disaman berhubung isu tersebut di beberapa negeri AS pada 2019, dengan aduan yang mendakwa bahawa syarikat itu melanggar undang-undang perlindungan pengguna dan melanggar jaminan. Walaupun bersetuju dengan penyelesaian, Apple telah menafikan peranti itu mempunyai masalah sedemikian dan semua dakwaan salah laku.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY