Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
infinix gt 20 pro varian baharu

Infinix GT 20 Pro Ada Varian Baharu, Harga RM1,149

Diterbitkan Januari 3, 2025 · Dikemas kini Januari 3, 2025 oleh Amsyar Latif

Infinix telah melancarkan varian baharu telefon pintar gaming mereka, GT 20 Pro, di Malaysia. Dengan harga RM1,149, varian ini menawarkan prestasi gaming yang tinggi pada harga lebih mampu milik.

Varian baharu GT 20 Pro ini hadir dengan konfigurasi memori 8GB RAM, yang boleh diperluaskan sehingga 16GB menggunakan teknologi extended RAM.

Ia mengekalkan ciri utama model sebelumnya, termasuk pemproses Dimensity 8200 Ultimate 4nm 5G dan cip paparan Pixelworks X5 Turbo Gaming.

spesifikasi infinix gt 20 pro

Gabungan ini memberikan pengalaman permainan yang lancar dengan teknologi Motion Estimation, Motion Compensation (MEMC), dan kadar bingkai sehingga 120 FPS, sesuai untuk permainan seperti Mobile Legends, Honor of Kings, dan PUBG.

Telefon ini juga dilengkapi dengan sistem penyejukan seperti VC Liquid Cooling dan bahan grafit PCM untuk memastikan suhu kekal terkawal semasa sesi permainan intensif.

Skrin AMOLED FHD+ 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan pembesar suara dwi dengan teknologi JBL menyempurnakan pengalaman gaming.

Varian baharu ini hadir dalam tiga pilihan warna—Mecha Blue,Mecha Orange, dan Mecha Silver—dengan storan 256GB. Ia boleh didapati bermula 3 Januari 2024. Pembelian turut disertakan dengan GT Pro Gaming Kit bernilai RM89 secara percuma, selagi stok masih ada.

Berkaitan

  • Infinix GT Book, 'Laptop Gaming' Pertama Infinix Diperlihatkan Di Malaysia
  • Senarai Telefon Pintar Terbaik Infinix Pada Tahun 2024
  • Infinix Nombor 4 Di Malaysia Untuk Q3 2024
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia

Sumber: Siaran media Infinix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY