Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix Note 30 pro

Infinix Nombor 4 Di Malaysia Untuk Q3 2024

Diterbitkan November 21, 2024 oleh Rushsyafizal

Infinix dilihat mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran telefon pintar di Asia Tenggara, dengan pencapaian sebagai jenama telefon pintar nombor 4 di Malaysia untuk Q3 2024.

Menurut data Canalys, Transsion, syarikat induk Infinix, kini berada dalam tiga teratas di Asia Tenggara dengan 16% pegangan pasaran dan penghantaran 4 juta unit pada suku ini.

Canalys Q3 Report

Malaysia menjadi salah satu pasaran utama untuk pengembangan Infinix, mencatatkan peningkatan tahunan sebanyak 97%. Model seperti siri NOTE 40 dan ZERO 40 5G antara menjadi pilihan.

Tommy Xiong, Pengurus Negara Infinix Malaysia berkata.

Kejayaan ini menunjukkan komitmen kami dalam menyediakan peranti berkualiti tinggi yang mengimbangi inovasi dan kemampuan harga

Model seperti Infinix GT 20 PRO dan HOT 50 5G direka khusus untuk pengalaman gaming dan berprestasi tinggi untuk memenuhi keperluan komuniti gaming tempatan. Infinix turut bekerjasama dengan platform permainan seperti PUBG Mobile dan Mobile Legends untuk menyokong komuniti gaming Malaysia.

Dengan pasaran telefon pintar Asia Tenggara mencatatkan pertumbuhan 15% tahun ke tahun pada Q3 2024, kejayaan Infinix membuktikan strategi mereka dalam menawarkan peranti kompetitif di segmen mampu milik dan pertengahan berjaya.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Pelajar Malaysia Tingkat Kemahiran Digital Melalui Program AkarĀ 
  • Kadokawa Sahkan Sony Berminat Ambil Alih Syarikat
  • Pengguna U Mobile 5G Nikmati Pengalaman Main Permainan Mudah Alih Terbaik Di Malaysia - Opensignal
  • Saiz Skrin Pengaruhi Pengguna Dalam Pemilihan Model iPhone - CIRP

Sumber: Siaran media Infinix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY