Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2024-10-25 145901

Infinix GT Book, ‘Laptop Gaming’ Pertama Infinix Diperlihatkan Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 25, 2024 oleh Rushsyafizal

Infinix akhirnya membawa komputer riba gaming pertamanya, GT Book, untuk diperlihatkan di Malaysia. Ia diperkenalkan semasa acara Mobile Legends Bang Bang Academy League Season 2 Playoffs yang berlangsung di UTM semalam.

Infinix GT Book hadir dalam tiga varian yang masing-masing dilengkapi dengan pilihan CPU Intel dan GPU NVIDIA RTX yang berbeza. Model tertinggi tampil dengan Intel Core i9-13900H dan NVIDIA RTX 4060 (8GB GDDR6), bersama RAM 32GB LPDDR5X, SSD 1TB PCIe 4.0, dan sambungan WiFi 6E untuk prestasi maksimum.

Model lain yang lebih sederhana menggunakan Intel Core i5-12450H atau Intel Core i7-13620H dengan GPU NVIDIA RTX 3050 atau RTX 4050 (6GB GDDR6). Kedua-duanya hadir dengan RAM 16GB LPDDR5X dan SSD 512GB PCIe 4.0.

Kesemua model GT Book ini memiliki paparan 16-inci IPS LCD dengan resolusi 1920 x 1200, nisbah 16:10, kadar segar semula 120Hz, serta kecerahan 300 nits. Antara ciri lain termasuk bateri 70WH dengan pengecasan 190W, kamera FHD 2MP, papan kekunci RGB, serta dual fan thermal management untuk prestasi penyejukan yang optimum.

GT Book menggunakan rekaan “Cyber Mecha” dengan casis AD aluminium dalam warna Silver dan Grey dengan berat 1.99kg. Port I/O yang lengkap juga ditawarkan, termasuk HDMI 2.1, USB 3.2, USB-C, dan slot kad SD.

Setakat ini, Infinix masih belum mengesahkan pelancaran GT Book di Malaysia tetapi menjanjikan pengumuman sekiranya ia bakal dipasarkan di sini nanti.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • AFM Fulfillment Lancar Gudang Robotik Pintar Pertama Di Malaysia Untuk e-Dagang
  • AS Mahu Jawapan Bagaimana Cip TSMC Berada Dalam Peranti Huawei
  • Aplikasi MyInvois Kini Tersedia Di Telefon Pintar Android, iOS Dan Huawei
  • Pencipta Linux Muak Dengan Masalah Pepijat Dari Perkakasan Intel, AMD Dan NVIDIA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY