Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (81)

Infinix GT 20 Pro Kini Rasmi Pada Harga RM1,299

Diterbitkan Mei 2, 2024 · Dikemas kini Mei 2, 2024 oleh Muhd Idham

Bersempena dengan acara Mobile Legends: Bang Bang Academy League (MAL MY) yang bakal diadakan pada 4 dan 5 Mei 2024 ini, Infinix Malaysia hari ini telah merasmikan sebuah telefon gaming baharu, iaitu Infinix GT 20 Pro yang mana ia akan dijadikan sebagai telefon rasmi untuk acara tersebut.

WhatsApp Image 2024-05-02 at 1.42.24 PM

 

Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, GT 20 Pro dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8200 Ultimate 5G dengan sokongan memori LPDDR5X dan storan UFS 3.1.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan cip paparan gaming, Pixelworks X5 Turbo yang menawarkan ciri teknologi seperti Motion Estimation, Motion Compensation (MEMC) untuk meningkatkan kadar penggunaan FPS dalam permainan.

Paparannya pula adalah jenis AMOLED 6.78 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Baterinya hadir dengan kapasiti 5,000mAh dan pengecasan berwayar 45W.

Screenshot (6)

Kameranya pula terdiri daripada 108MP OIS utama, ultra lebar, makro dan swafoto.

Tambahan lagi, telefon ini juga disokong oleh sistem penyejukan VC Liquid Cooling dan pembesar suara dari JBL untuk pengalaman permainan yang lancar.

Telefon ini juga dilengkapi dengan penarafan IP54, NFC, rangkaian Wi-Fi 6 dan lampu RGB ‘Mecha Loop‘ di bahagian panel belakang.

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Beli TV Toshiba Sekarang Dapat Tambah Nilai e-Dompet TnG Bernilai Sehingga RM350
  • ASUS Akan Lancar PC AI Premium Dikuasakan Qualcomm Dengan Reka Bentuk Ultra Mudah Alih Baharu
  • Rasmi, Lambretta Akan Bawa Masuk 2 Model Baharu Ke Malaysia

Anda kini boleh dapatkan Infinix GT 20 Pro ini dengan varian 12GB RAM + 256GB storan pada harga RM1,299 . Setiap pembelian juga akan disertakan sekali bersama GT Pro Gaming Kit bernilai RM89.

Beli Infinix GT 20 Pro di:

Shopee – https://invl.io/clklmh5

Lazada – https://invol.co/clklmh9

Sumber: Siaran Media Infinix Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY