Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

MAS Kini Terbang Dengan Bahan Api Hijau Bancuhan PETRONAS

Posted on September 12, 2025September 12, 2025

PETRONAS telah mencatat sejarah baharu dalam industri penerbangan Malaysia selepas pesawat Malaysia Airline (MAS) terbang dengan menggunakan bahan api mampan campuran pertama (SAF) yang dibancuh secara tempatan.

SAF yang dicampur secara tempatan di fasiliti pencampuran PETRONAS, diiktiraf dengan pensijilan International Sustainability & Carbon Certification (ISCC) serta memenuhi keperluan bahan api layak CORSIA.

Ia dihantar terus ke KLIA melalui saluran paip pelbagai produk milik Malaysian Refining Company (MRCSB).

SAF itu digunakan pada penerbangan harian Malaysia Airlines MH2 dari KL ke London antara 1–16 September 2025.

Inisiatif ini merupakan pelaburan strategik jangka panjang yang menyokong sasaran negara untuk mencapai sifar karbon bersih, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13.

Malaysia Aviation Group (MAG) turut memainkan peranan penting dengan menggunakan SAF dalam penerbangan harian MH2 ke London, membuktikan bahawa pengurangan karbon dalam penerbangan bukan lagi angan-angan, tetapi realiti yang boleh dicapai.

Usaha ini bukan sahaja memperkukuh keselamatan tenaga negara, malah membuka jalan kepada pertumbuhan industri hijau yang lebih luas.

Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk menjadi peneraju serantau dalam teknologi bahan api mampan.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress