Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Buat Pertama Kalinya Airbus Menggunakan Minyak Masak Bagi Menerbangkan Pesawat Penumpang Terbesar Dunia

Buat Pertama Kalinya Airbus Menggunakan Minyak Masak Bagi Menerbangkan Pesawat Penumpang Terbesar Dunia

Diterbitkan April 6, 2022 · Dikemas kini April 6, 2022 oleh ariff bukhari

Syarikat pengeluar pesawat komersil terbesar dunia memaklumkan bahawa buat pertama kalinya mereka telah berjaya menerbangkan pesawat terbesar mereka iaitu Airbus A380 dengan menggunakan 100% bahan api bio.

Demostrasi penerbangan itu telah pun dilakukan pada 28 Mac 2022 lalu di Lapangan Terbang Blagnac, Toulouse, Perancis.

Sejumlah 27 tan bahan api bio telah diisi ke dalam pesawat tersebut.

Airbus menyatakan ini adalah kali ketiga mereka menggunakan bahan api bio yang berasaskan minyak masak untuk pesawat mereka.

Pada tahun lalu Airbus telah pun membuat demostrasi menggunakan bahan api bio bagi menerbangkan pesawat A350 dan A319neo mereka.

Airbus kini menjadi peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan bahan api bio (SAF – sustainable aviation fuel) dalam usaha menghasilkan bahan api yang bukan sahaja jimat tetapi bersih untuk industri penerbangan.

Buat Pertama Kalinya Airbus Menggunakan Minyak Masak Bagi Menerbangkan Pesawat Penumpang Terbesar Dunia

Airbus sedang berusaha menjadikan bahan api bio sebagai bahan api utama untuk pesawat komersil mereka dengan mengeluarkan pesawat pertama dunia yang menyokong bahan api bio pada tahun 2035 nanti.

Penggunaan SAF dalam industri penerbangan dijangka mampu mengurangkan pengeluaran karbon sehingga 80% berbanding penggunaan kerosin yang digunakan secara meluas dalam industri penerbangan ketika ini.

Sumber: Airbus, newatlas

Baca juga:

  • Kapal Pengangkut Volkswagen Hanya Guna Bahan Bakar Dari Minyak Masak Untuk Bergerak
  • PROTON Mengorak Langkah Membina Kenderaan Tenaga Baru (NEV)
  • TNB Dan MARii Bersama Mewujudkan Garis Panduan Pengembangan Penggunaan EV Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY