Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sirius jet

Pesawat Hidrogen-Elektrik, Berlepas Dan Mendarat Menegak Pertama Di Dunia Diperkenalkan

Diterbitkan Januari 16, 2024 ยท Dikemas kini Januari 16, 2024 oleh ariff bukhari

Syarikat pemula penerbangan dari Switzerland, Sirius Aviation melancarkan pesawat dengan keupayaan berlepas dan mendarat secara menegak (VTOL) yang berkuasa hidrogen pertama di dunia.

Dikenali sebagai Sirius Jet, ia juga adalah pesawat elektrik sepenuhnya yang direka untuk menggabungkan aerodinamik jet dengan fleksibiliti kapal terbang dan helikopter.

sirius jet

Dikuasakan oleh sistem pendorong kipas bersalur hidrogen-elektrik, jarak jet perniagaan itu ialah 1,150 batu (1,850km), dan ia mampu menampung sehingga lima orang penumpang.

Sirius Jet mampu terbang pada kelajuan 323mph (~519kph) dan mencapai ketinggian 30,000 kaki. Ciri utamanya yang lain termasuklah sistem payung terjun kerangka udara.

sirius jet

Projek pembangunan pesawat hidrogen-elektrik ini melibatkan perkongsian penting dengan DesignWorks BMW Group, Sauber Group, Alfleth Engineering AG dan ALD Group, yang bertujuan untuk merintis penyelesaian penerbangan yang mampan dan berprestasi tinggi.

Berkaitan

  • Syarikat Pemula UK Tukarkan Najis Manusia Kepada Bahan Bakar Enjin Jet
  • NASA Perkenal X-59, Jet Supersonik Senyap
  • Ini Senarai 223 Stesen Pengecas EV Berdaftar Dengan Lesen Yang Sah

Sumber: Sirius Aviation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY