Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nuklear malaysia

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian ASEAN 2025

Diterbitkan Disember 22, 2024 · Dikemas kini Disember 22, 2024 oleh ariff bukhari

Malaysia akan berkongsi kepakaran, pengalaman, dan amalan terbaik dalam teknologi nuklear dengan negara-negara ASEAN sempena Kepengerusian ASEAN 2025.

Kepengerusian ASEAN 2025 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan,” mencerminkan aspirasi untuk ASEAN yang bersatu dan makmur di mana Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN secara rasmi pada 1 Januari 2025.

Screen Shot 2024-12-22 at 4.55.21 PM

Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, Dr. Rosli Darmawan, menyatakan kesediaan agensi itu untuk menyumbang dalam bidang perubatan, pertanian, dan pembuatan peralatan, serta berkongsi pembangunan Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 (DTNN 2030), yang dijangka menyumbang RM2.403 bilion kepada ekonomi negara menjelang 2030.

Sebagai komitmen, Malaysia akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Tahunan ASEAN Network on Nuclear Power Safety Research (NPSR) Ke-8 pada 2025 yang merupakan kali pertama buat negara sejak mesyuarat itu dimulakan pada 2017 dahulu.

Peserta juga akan dibawa melawat Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP), satu-satunya reaktor penyelidikan nuklear di Malaysia berkuasa 1 Megawatt yang beroperasi sejak 1982.

Reaktor TRIGA PUSPATI
Reaktor TRIGA PUSPATI.

Nuklear Malaysia diiktiraf sebagai Pusat Latihan Serantau (RTC) dan Pusat Kolaboratif Antarabangsa (ICC) oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), memperkukuh peranan Malaysia dalam penyelidikan, latihan, dan pembangunan sains nuklear serantau.

Berkaitan

  • China Bangunkan Bateri Nuklear Dengan Hayat 50 Tahun
  • Pusat Simulasi Tindak Balas Nuklear Ditubuhkan, Perkukuh Kecekapan Anggota PTN
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia

Sumber: Bernama, Nuklear Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
  • Dua Pepijat Kritikal PHP2Shell Boleh Dieksploitasi - NACSA Gesa Organisasi Kemas Kini Segera
  • "Bapa PlayStation" Anggap Bantahan Terhadap Penghentian Cakera Fizikal Mungkin Isu Mentaliti
  • COROS PACE 4 Pro Dengan Bateri Hingga 21 Hari Tiba Di Malaysia Pada Harga RM1,999
  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksana
  • Xbox Cloud Gaming Kini Ada Pakej Ikut Jam, Bermula AS$3.99
©2026 WISER.MY