Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Anjur Sesi Libat Urus, Dapatkan Pandangan Berhubung Pengalihan DNS

MCMC Mulakan Rundingan Awam Kod Tatalaku Untuk Penyedia Perkhidmatan Internet Dan Media Sosial

Diterbitkan Oktober 22, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 22, 2024 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memulakan Rundingan Awam mengenai draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet dan Penyedia Perkhidmatan Media Sosial (Penyedia Perkhidmatan).

Rundingan Awam ini susulan daripada pengenalan Kerangka Pelesenan untuk perkhidmatan pesanan Internet dan perkhidmatan media sosial yang diwartakan pada 1 Ogos 2024 lalu dan bakal berkuat kuasa pada 1 Januari 2025 depan.

Tujuan Rundingan Awam ini untuk mendapatkan input dan maklum balas daripada Penyedia Perkhidmatan, orang awam, pemain industri, dan pihak berkepentingan yang relevan.

Matlamat draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) adalah bertujuan mewujudkan persekitaran dalam talian yang selamat untuk rakyat Malaysia, terutamanya kepada kanak-kanak dan golongan rentan yang berisiko tinggi terdedah kepada kandungan memudaratkan.

Draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) yang dicadangkan oleh MCMC menggariskan amalan terbaik untuk diterima pakai oleh Penyedia Perkhidmatan yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Rundingan Awam ini akan bermula dari 22 Oktober 2024 sehingga 5 November 2024.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Projek ECRL Ke Kelantan Hampir Siap, Singkatkan Perjalanan Dari Gombak Ke KB Kepada 4 Jam
  • Snapdragon 8 Elite Dilancarkan, Cip Terbaru Kuasakan Android Masa Depan

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY