Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16_indonesia apple

Jualan iPhone 16 Masih Dihalang Di Indonesia, Ini Sebabnya

Diterbitkan Januari 9, 2025 · Dikemas kini Januari 9, 2025 oleh Amalina Athman

Apple masih dihalang daripada menjual model iPhone 16 di Indonesia walaupun telah bersetuju untuk membina kemudahan pengeluaran tempatan di negara itu, kerana tidak memenuhi peraturan kandungan domestik.

Menteri Perindustrian Indonesia Agus Gumiwang Kartasasmita berkata Apple telah mencapai perjanjian untuk membina sebuah kemudahan yang menghasilkan peranti penjejak AirTag di Pulau Batam.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan ia masih tidak dikira sebagai komponen iPhone buatan tempatan.

Tiada asas bagi kementerian untuk mengeluarkan sijil kandungan tempatan sebagai cara untuk memberi kebenaran kepada Apple untuk menjual iPhone 16 kerana (kemudahan tersebut) tiada kaitan langsung.

Sementara itu, Menteri Pelaburan Indonesia berkata kilang tersebut dijangka beroperasi pada tahun depan.

Agus, yang mengadakan mesyuarat selama dua hari dengan eksekutif Apple, Nick Ammann, berkata syarikat itu telah mencadangkan “pelaburan inovatif”, di mana Indonesia telah memberikan cadangan balas terhadapnya.

Perjanjian itu kelak boleh dilihat sebagai satu kejayaan bagi Indonesia untuk menarik pelaburan asing sambil menunjukkan keberkesanan strategi negara itu dalam memberi tekanan kepada syarikat antarabangsa untuk membangunkan produk secara lokal.

Tambahan pula, Indonesia merupakan antara pasaran penting bagi Apple, dengan mempunyai sekitar 280 juta penduduk.

Berkaitan

  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • $100 Juta Tak Cukup, Indonesia Jangka $1 Bilion Pelaburan Daripada Apple
  • Honor Masuki Pasaran Indonesia, Sasar Segmen Pertengahan Dan Premium Dikuasai Samsung Dan Apple
  • "Angka Pelaburan $1 Bilion Itu Kecil, Tidak Mencukupi" - Menteri Perindustrian Indonesia

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY