Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hashim Djojohadikusumo_HP gratis

Indonesia Cadang Beri Telefon Percuma – Setiap Peranti Dilengkapi Akaun Digital

Diterbitkan Oktober 14, 2026 · Dikemas kini Oktober 14, 2026 oleh Amalina Athman

Indonesia merancang untuk mengagihkan telefon secara percuma bagi memudahkan orang ramai mengakses perkhidmatan digital kerajaan, termasuk untuk penyaluran bantuan sosial melalui akaun digital.

Memetik laporan Kompas, cadangan itu didedahkan oleh Utusan Khas Presiden Indonesia bagi Iklim dan Tenaga, Hashim Djojohadikusumo, ketika menghadiri Prasasti Indonesia Policy Forum 2026 di Jakarta pada 13 Oktober lalu.

“Setiap warga negara akan diberikan telefon bimbit yang dipautkan kepada akaun digital. Semua dana akan tersedia di situ dan disalurkan ke akaun masing-masing,” katanya.

Hashim berkata mekanisme itu dijangka membolehkan Kementerian Kewangan menyalurkan bantuan sosial secara terus ke akaun digital setiap penerima yang dipautkan kepada telefon masing-masing.

Mengulas lanjut cadangan itu, Menteri Hal Ehwal Sosial Indonesia, Saifullah Yusuf, hari ini berkata pemberian telefon percuma kepada orang ramai bertujuan untuk memudahkan penyaluran bantuan sosial melalui perkhidmatan digital.

“Saya percaya bahawa pengagihan telefon ini bertujuan memudahkan orang ramai mengakses perkhidmatan digital kerajaan… Kita sedang beralih kepada perkhidmatan digital. Masih ada anggota masyarakat yang belum mempunyai telefon bimbit” katanya.

Menurutnya, pemberian telefon percuma itu diperlukan kerana masih terdapat anggota masyarakat yang tidak mempunyai telefon untuk mengakses perkhidmatan digital kerajaan. Beliau turut berkata kerajaan Indonesia perlu memastikan peranti yang diagihkan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

“Secara khusus, perkara ini masih belum dibincangkan. Namun, saya berpendapat pengagihan akan dibuat berdasarkan data. Kita sedang memperkukuh data tersebut dan pengagihan kelak juga akan bergantung pada data serta hasil penilaian. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang belum mempunyai telefon.. Jika data berubah, penerima bantuan sosial juga akan berubah,” katanya.

Ketika ini, Kementerian Hal Ehwal Sosial Indonesia sedang memperkukuh dan mengemas kini data yang akan mempengaruhi senarai individu yang layak menerima bantuan sosial tersebut.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Malaysia Negara Ke-34 Paling Berinovatif Di Dunia, Atasi Indonesia, India Dan Thailand
  • Indonesia Tingkatkan Pengeluaran Bahan Api Bio Daripada Tebu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Lama Selepas Sony Berjaya Tutup Kedai Cetak Rompak PS5, Klon Lain Pula Muncul 
  • UniSHAMS Dan TP-Link Malaysia Jalin Kerjasama Lahirkan Bakat Teknologi Masa Depan Negara
  • 3 Headphone Jenis Retro Terbaik
  • Samsung Kekal Jenama Telefon Pintar Terbesar Di Dunia
  • Permainan Mudah Alih Rasmi Naruto Akan Dilancar Secara Global Di Platform iOS Dan Android
  • GTA 6 Dilapor Akan Tiba Ke Platform PC Seawal 2027
  • Google Akhirnya Buka Akses Model AI Tercanggih, Tapi Hanya Kepada 200 Penyelidik Di Eropah
©2026 WISER.MY