Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Indonesia Tingkatkan Pengeluaran Bahan Api Bio Daripada Tebu

Indonesia Tingkatkan Pengeluaran Bahan Api Bio Daripada Tebu

Diterbitkan Oktober 7, 2026 oleh ariff bukhari

Indonesia akan “membuka ladang baharu” untuk tebu yang digunakan dalam pengeluaran bioetanol, kata kerajaan, walaupun pada masa sama mengumumkan penghentian pemotongan hutan bagi perluasan sawah padi.

Kerajaan pada bulan lalu menyatakan ia akan meningkatkan komponen etanol dalam bahan api bio yang digunakan bagi pengangkutan daripada lima kepada 20 peratus (E20) dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap import produk petroleum yang semakin mahal.

Bagi mencapai matlamat ini, negara tersebut memerlukan kira-kira empat juta kiloliter etanol setahun, menurut Kementerian Tenaga, berkali-kali ganda berbanding jumlah pengeluaran semasa.

Oleh itu, pembukaan ladang tebu baharu adalah diperlukan, kata Menteri Pangan Zulkifli Hasan pada Selasa.

 

“E20 boleh (didapati) daripada tebu, ubi kayu, dan lain-lain… Jika kita mahukan tebu, kita perlu membuka ladang baharu,” kata Zulkifli seperti yang dipetik oleh agensi berita rasmi Antara.

Bulan lalu, Menteri Pertanian Andi Amran Sulaiman berkata kerajaan berhasrat membangunkan kira-kira satu juta hektar kawasan bagi pengeluaran tebu.

 

“Yang paling penting ialah tebu. Kita memerlukan satu juta hektar,” kata Andi.

Beliau menambah bahawa kerajaan akan berusaha menukar tanah yang telah rosak sebelum beralih ke kawasan berhutan, namun tidak menolak kemungkinan tersebut.

Kenyataan Zulkifli hadir pada hari yang sama utusan iklim Hashim Djojohadikusumo menyatakan bahawa Indonesia akan menghentikan program pembersihan jutaan hektar tanah bagi pengeluaran beras, selepas berjaya mencapai tahap kecukupan kendiri bagi bijirin utama itu.

Lebih daripada 50,000 hektar hutan hujan, savana, tanah gambut, dan tanah lembap telah dibersihkan untuk tanaman tebu dan padi sejak 2024, menurut NGO Mighty Earth.

Indonesia merupakan antara negara yang mempunyai litupan hutan terbesar di dunia, dan secara tidak langsung menjadi penyerap utama pelepasan karbon pemanasan bumi daripada pembakaran bahan api fosil oleh manusia.

Negara itu mensasarkan untuk menjadi penyerap karbon bersih (net carbon sink) menjelang 2030, dengan hutan dan penggunaan tanah lain menyerap lebih banyak karbon berbanding yang dilepaskan.

Walau bagaimanapun, pemerhati berpendapat bahawa kemusnahan hutan yang berterusan untuk pertanian dan pembalakan, serta kebakaran hutan yang berleluasa, boleh menjejaskan pelan Indonesia tersebut.

Negara yang mempunyai hampir 290 juta penduduk itu sekian lama mencampurkan minyak kelapa sawit untuk menghasilkan biodisel, dan kini sedang berusaha meningkatkan kepekatannya.

Indonesia merupakan salah sebuah pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia, yang kebanyakannya ditanam di atas tanah yang dulunya merupakan kawasan berhutan. – AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Malaysia Perlukan 50,000 Jurutera Semikonduktor, Tapi Universiti Hanya Lahirkan 5,000 Sahaja Setahun - Laporan
  • Hanya RM1, Bas Elektrik Henti-Henti Berautonomi Mula Beroperasi Di 6 Stesen Di Putrajaya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY