Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
teknologi, malaysia

Malaysia Negara Ke-34 Paling Berinovatif Di Dunia, Atasi Indonesia, India Dan Thailand

Diterbitkan Oktober 1, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 1, 2026 oleh ariff bukhari

Laporan terbaru Global Innovation Index (GII) 2026 oleh Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) menampilkan Switzerland, Sweden, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Singapura sebagai lima negara paling inovatif di dunia.

negara paling inovatif

Walaupun belum mampu berada di kelompok 10 teratas, negara kita Malaysia tidak jauh terkebelakang dalam inovasi apabila berjaya berada dalam kelompok 50 negara paling inovatif di dunia dengan berbangga di kedudukan ke-34.

Malah Malaysia yang dikategorikan sebagai negara berpendapatan menengah atas berada di tangga ke-2 paling berdaya inovasi selepas China dengan skor 41.8 mata, dan di kedudukan ke-8 dalam rantau Asia Tenggara, Asia Timur, dan Oceania.

Malaysia Negara Ke-34 Paling Berinovatif Di Dunia, Atasi Indonesia, India Dan Thailand
Malaysia Negara Ke-34 Paling Berinovatif Di Dunia, Atasi Indonesia, India Dan Thailand

WIPO menekankan bahawa Malaysia semakin matang sebagai hab inovasi serantau, dengan fokus kepada teknologi masa depan dan pembangunan bakat menerusi pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Malah, pelaburan negara dalam penyelidikan saintifik mendalam serta sokongan terhadap syarikat pemula dalam sektor teknologi telah memperkukuh ekosistem inovasi negara.

Selain pemain industri, sektor pendidikan seperti universiti dan institusi penyelidikan tempatan turut memainkan peranan penting dalam melahirkan usahawan berasaskan sains, sekali gus meningkatkan daya saing Malaysia di pentas global.

Malaysia Negara Ke-34 Paling Berinovatif Di Dunia, Atasi Indonesia, India Dan Thailand
Malaysia menyaksikan peningkatan berganda dalam sains mendalam dalam tempoh 5 tahun ini (2020 – 2025) mencecah hampir 120%. Sains mendalam ini merangkumi bidang sains hayat, semikonduktor, robotik, angkasa lepas, tenaga dan bahan termaju, dengan mengubah penyelidikan perintis menjadi syarikat serta industri baharu.

Selain itu, Malaysia memperkukuh kerjasama dengan negara maju seperti Singapura, Jepun, dan Korea Selatan bagi mempercepatkan pemindahan teknologi dan pembangunan bersama.

Kejayaan ini membuktikan bahawa Malaysia bukan sahaja mampu bersaing di rantau Asia Tenggara, tetapi juga berpotensi melonjak ke kategori berpendapatan tinggi sekiranya momentum pelaburan dan pembangunan bakat diteruskan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Projek Bateri Paling Berkuasa Di Dunia Kini Kuasakan Sehingga 340,000 Isi Rumah
  • Cara Mohon Subsidi Tambang Pengangkutan Awam RM30/bulan Dari Aplikasi Nine Untuk Pengundi Di Selangor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY