Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dynamic island_

iPhone SE 4 Mungkin Dilengkapi ‘Dynamic Island’

Diterbitkan Januari 21, 2025 ยท Dikemas kini Januari 22, 2025 oleh Amalina Athman

iPhone SE baharu dijangka akan dilancarkan tahun ini, dan laporan terkini mendedahkan butiran terbaru mengenainya.

Menerusi siaran peribadi di platform X, pendedah info bernama Evan Blass telah berkongsi imej yang kelihatan seperti kod sumber iPhone SE (generasi ke-4).

Ia sekali gus menimbulkan keraguan terhadap nama alternatif “iPhone 16E” yang sebelum ini dikhabarkan untuk peranti itu.

Walaupun begitu, nama dalam kod sumber itu boleh jadi hanya sekadar nama sementara, yang bermakna tiada jaminan mengenai perkara tersebut buat masa sekarang.

Selain itu, Blass turut berkongsi khabar angin yang memperlihatkan imej yang dikatakan sebagai rekaan iPhone SE baharu, di mana peranti tersebut dilengkapi Dynamic Island dan bukannya takuk.

rumors iPhone SE 4_
rumors iPhone SE 4_2

Terdapat khabar angin yang bercanggah mengenai sama ada iPhone SE 4 akan dilengkapi Dynamic Island atau takuk. Jadi, kita mungkin perlu menunggu dan melihat, sebelum disahkan secara rasmi.

Untuk rekod, ciri Dynamic Island setakat ini hanya tersedia pada model iPhone 14 Pro serta keempat-empat model iPhone 15 dan iPhone 16.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • iPhone SE 4 Dijangka Lancar Pada Mac
  • iPhone SE Generasi Keempat Mungkin Dipanggil Sebagai iPhone 16E
  • Imej Terbaru Dedahkan Kemungkinan Rekaan Sebenar iPhone SE 4

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY