Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple logo iphone 17

Bukan Saja-Saja, Logo Apple Pada iPhone 17 Pro Mungkin Lebih Ke Bawah Sebab Ini

Diterbitkan Julai 7, 2025 · Dikemas kini Julai 7, 2025 oleh Amalina Athman

Sejak minggu lalu, timbul ura-ura bahawa logo Apple di bahagian belakang iPhone 17 Pro akan diposisikan semula buat pertama kali dalam tempoh enam tahun.

Menurut dakwaan peniris terkenal, Majin Bu, logo Apple pada iPhone 17 Pro dijangka akan dialihkan ke bahagian yang lebih rendah, menghampiri ke bawah panel belakang peranti.

Perubahan ini dikaitkan dengan rekaan semula sistem kamera di bahagian atas peranti, yang berkemungkinan memerlukan pelarasan pada susun atur luaran termasuk kedudukan logo Apple.

Here's what the new Apple logo looks like on an iPhone 17 Pro with an older MagSafe case, explaining why a repositioning is necessary. pic.twitter.com/phLExP60WB

— Majin Bu (@MajinBuOfficial) July 1, 2025

MagSafe

Difahamkan, pengeluar aksesori untuk peranti Apple sudah memulakan pengeluaran cincin MagSafe baharu dengan bukaan di bahagian tengah.

Menerusi imej yang dikongsi di laman web Majin Bu, dapat dilihat sarung lutsinar dengan bahagian cincin MagSafe yang terputus, membolehkan logo Apple kelihatan dengan jelas.

Bukan Saja-Saja, Logo Apple Pada iPhone 17 Pro Mungkin Lebih Ke Bawah Sebab Ini
Bukan Saja-Saja, Logo Apple Pada iPhone 17 Pro Mungkin Lebih Ke Bawah Sebab Ini
Bukan Saja-Saja, Logo Apple Pada iPhone 17 Pro Mungkin Lebih Ke Bawah Sebab Ini

 

Peniris lain, Sonny Dickson turut menguatkan lagi spekulasi apabila berkongsi lakaran digital yang menunjukkan reka bentuk baharu untuk aksesori iPhone 17. Berdasarkan lakaran tersebut, aksesori rasmi seperti sarung pelindung dijangka hadir dengan rekaan cincin MagSafe yang turut mempunyai bahagian terbuka di tengah.

Apple’s shifting the logo lower on the iPhone 17, most likely to align it with the MagSafe charging coil. pic.twitter.com/eQ7ChZZXCR

— Sonny Dickson (@SonnyDickson) June 30, 2025

Perkara ini juga memberi bayangan bahawa Apple mungkin tidak akan mengubah kedudukan dalaman cincin magnet MagSafe, sekali gus mengelakkan keperluan untuk pengeluar aksesori melakukan perubahan besar-besaran terhadap produk sedia ada mereka.

Sejak pengenalan MagSafe bersama iPhone 12, kedudukan logo Apple di bahagian belakang menjadi petunjuk utama untuk pengguna melaraskan posisi aksesori MagSafe dengan betul. Magnet MagSafe tertanam tepat di bahagian tengah belakang peranti, selari dengan logo tersebut.

Gambaran lebih jelas

Dalam perkembangan terbaru, Majin Bu turut memuat naik imej yang memberikan gambaran lebih jelas tentang perkara itu. Melalui imej berkenaan, posisi logo Apple tidaklah kelihatan janggal seperti yang disangka.

Do you like the new Apple logo position on iPhone 17 Pro? pic.twitter.com/9ucRrNcjWO

— Majin Bu (@MajinBuOfficial) July 6, 2025

Walaupun perubahan kedudukan logo ini mungkin kelihatan seperti isu kecil, ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna, terutamanya ketika melaraskan aksesori MagSafe.

Apa pun, semua ini masih berstatus spekulasi. Segala persoalan hanya akan terjawab apabila Apple melancarkan siri iPhone 17 secara rasmi sekitar September nanti.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Rasmi, Ini Senarai Penuh iPhone Terima Sokongan iOS 26
  • Imej Tertiris Perlihat Komponen Didakwa Sistem 'Vapor Chamber' iPhone 17 Pro
  • Foxconn Dilapor Panggil Pulang Jurutera China Dari Kilang iPhone Di India

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY