Menurut sumber, imej ini secara tidak langsung mengesahkan beberapa spesifikasi yang menjadi khabar angin sebelum ini. Pertamanya, ia sah menggunakan kamera rekaan berkotak di bahagian belakang dan juga rekaan punch-hole di bahagian hadapan. Dikatakan bahagian sisi skrin untuk S20+ ini akan kurang melengkung tidak seperti model sebelumnya seperti S10 dan juga Note 10. Sumber mendakwa bahawa lengkungan di sisi paparan hamper seakan rata seperti Pixel 2 XL. Jika benar, ini mungkin perubahan besar untuk model flagship siri S memandangkan siri tersebut sememangnya terkenal dengan sisi melengkung yang tidak disukai sesetengah pengguna.
Jika anda biasa dengan penamaan pada flagship Samsung, model dengan nama "+" biasanya merupakan model tertinggi untuk siri tersebut. Untuk siri S20, model tertinggi akan diletakkan dengan nama "Ultra". Jadi akan ada S20, S20+, dan S20 Ultra sebagai model asas untuk variasi siri S20.
Berita gembira untuk peminat Samsung, untuk Galaxy S20+ ini, ia tidak mempunyai butang Bixby. Jadi tidak akan lagi pengaktifan Bixby secara tidak sengaja. Sumber mendakwa kamera utama akan dilengkapi dengan sensor 12MP dengan saiz pixel 1.8 micron yang besar. Bersama-sama dengan itu, ia akan mempunyai lensa ultralebar, telephoto, serta lensa keempat yang dikatakan makro.
Peranti ini akan dilancarkan 11 Februari nanti bersama-sama dengan Galaxy Fold yang baharu. Dengan hari pelancaran yang semakin dekat, semestinya akan banyak lagi maklumat mengenai spesifikasi dan rekaan peranti ini akan diperlihatkan.
Sumber: Xda-developers
Berkaitan
- Samsung Galaxy S21 Ultra Kini Rasmi - Skrin QHD 6.8", Kamera 108MP, 16GB RAM, Dan Sokongan S-Pen
- Apple Didenda Samsung Hampir 1 Billion USD Disebabkan Tempahan Panel OLED Yang Sedikit
- Samsung Galaxy Tab A7 Kini Di Malaysia Pada RM999 - Tablet 7040mAh Dengan Cip Snapdragon 662
- Samsung Galaxy Buds+ Dilancarkan - Buds Generasi Kedua Dengan Ketahanan Bateri Lebih Lama Sehingga 11 Jam
- Samsung Galaxy S11+ Bakal Dimuatkan Dengan Kapasiti Bateri 5,000mAh
- Wujudkah Telefon Dengan Apertur Boleh Ubah Selain Samsung Galaxy S9?
- Samsung Mengacah Peranti Boleh Lipat Dengan Rekaan Baharu
- Samsung Umum Exynos 850 - Sebuah Cip 8nm Untuk Peranti Bajet
- Samsung Galaxy S10 Lite Bakal Menjadi Penambahan Baharu Dalam Siri Galaxy S10
- DxOMark: Kualiti Kamera Samsung Galaxy Note20 Ultra Tidak Sebaik Galaxy S20 Ultra