Imej Yang Dikatakan Samsung S11+ Pula Timbul

Baru beberapa hari lepas kita dijamukan dengan imej Samsung S11 dan S11e. Bersumberkan maklumat yang sama, kita disajikan pula dengan imej yang dikatakan Samsung S11+. Seperti yang diketahui umum, model "+" merupakan model paling berkuasa dan paling terbaik dalam siri "S" dan juga "Note". Jadi semestinya akan ada sedikit peningkatan sama ada spesifikasi ataupun perkakas pada model "+" berbanding model biasa.

GALAXY_S11_PLUS

Rupa S11+ hampir sama dengan S11 dan S11e dengan satu perbezaan paling ketara. Dengan memuatkan 5 lensa di belakang sepertimana model S11, S11+ mempunyai rekaan modul kamera yang lebih besar. Posisi kamera juga berbeza. Ia mempunyai rekaan "X" berbanding memanjang dan tersusun pada S11.

GALAXY_S11_PLUS

Pada S10+ terdapat 2 lensa swafoto tetapi untuk S11+ hanya terdapat satu sahaja. Skrin peranti dikatakan akan bersaiz 6.9 inci QHD dengan lengkungan pada keempat-empat sisi peranti.

Apa pendapat anda mengenai rupa Samsung S11+ ini?

Sumber: @Onleaks, Cashkaro